saya ada peperiksaan Rabu lepas.
subjek tu mmg sangat susah.
maka berhari-harilah saya dan kawan-kawan berkampung untuk belajar.
cuma sempat update pantun kabinet dapur je.. hehehehe
Bila exam rabu tu dah habis, saya pula sibuk uruskan rumah sewa saya dan rumah sewa adik.
balik rumah dah keletihan.
hari ni saya nak menulis berkaitan perjanjian sewaan.
apakah perkara penting yang perlu ada di dalam perjanjian sewaan.
hm.. mula2, wajib ada ke perjanjian tu?
nak kata wajib tu tidaklah..
sebab tanpa perjanjian bertulis, sewaan tetap sah.
perjanjian secara verbal tetap mengikat kedua belah pihak.
tapi kalau ada, kan lebih senang sebab semua hak2 ada tertulis di situ.
dah jelas kedua belah pihak dah berjanji untuk patuh pada terma-terma tersebut.
sebab kalau verbal ni, secara logik pasti tak semua benda disebut.
nanti akan timbul pertelingkahan.. takde pun tuan rumah cakap pasal ni?
berapa panjang pulak perjanjian sewaan tu, cik rohaniah?
mungkin ada pula yanag akan bertanya begitu..
jawapan saya, terpulang pada banyak mana terma yang anda nak letak..
asalkan terma-terma penting dan wajib ada tertulis di situ.
ok, apakah terma yg pada saya wajib ada pada sesebuah perjanjian sewaan?
bagi saya, ini adalah terma-terma yang wajib ada. anda boleh tambah sendiri jika mahu
1) tarikh perjanjian
2) Maklumat penyewa
- nama penuh
- no kp / no passport penyewa
- alamat tetap penyewa. kalau penyewa tu foregner, minta alamat dier di negara asal.
3) Maklumat tuan rumah
- nama penuh
- no kp / no passport penyewa
- alamat tetap
4) Butiran rumah sewa
- alamat
- tujuan sewaan: biasanya kediaman lah kan...
- butiran rumah: apartment 3 bilik ke.. rumah teres 4 bilik
- senarai semak perabot / inventori, kuantiti dan status kerosakan (jika ada kerosakan sedia ada)
5) maklumat sewaan
- tempoh sewaan (maksimum 3 tahun)
- tarikh mula
- tarikh tamat
- kadar sewa
- tarikh akhir bayaran sewa perlu dibuat
- berapa deposit dan deposit utility
- adakah penamatan awal dibenarkan? jika ya, tempoh notis penamatan awal perlu diberikan oleh kedua-dua pihak.
- pilihan memperbaharui kontrak: boleh atau tidak. setahun sekali?
6) tanggungjawab penyewa
- perlu bayar tepat pada masa
- perlu bayar sewa sehingga tamat sewaan.
- memulangkan kunci dan rumah dalam keadaan baik spt awal sewaan
- deposit akan dipulangkan apabila tamat sewaan dengan ditolak kos pembaikan yang disebabkan oleh kecuaian penyewa dan bil-bil utiliti yang belum dijelaskan
- bayaran utiliti spt air, elektrik, internet dan kumbahan perlu dijelaskan
- boleh / tidak boleh sublet
- kuantiti penghuni jika perlu
- larangan memaku / mengubah struktur rumah / mengubah rupa bentuk kekal pada luar dan dalaman rumah
- menanggung kos penyenggaraan kecil bawah rm100
- tidak memnbuat kerosakan pada inventori / perabot / alatan di dalam rumah. jika kerosakan dilakukan, penyewa perlu menanggung kos pembaikan
- tidak melakukan perbuatan jenayah di dalam rumah
- membenarkan tuan rumah atau wakil masuk ke dalam rumah untuk kerja-kerja pembaikan atau pemantauan selepas notis secukupnya diberikan
-menggunakan rumah tersebut untuk tujuan yang dinyatakan sahaja
- tidak boleh membuat sesuatu yang menggugat ketenteraman jiran
7) tanggungjawab tuan rumah
- membayar cukai pintu dan cukai tanah
- membayar caj penyenggaraan bangunan (jika ada. tapi ada juga kes, penyewa ditanggungjawabkan membayar caj ini)
- jika penyewa membayar sewa tepat pada masa dan mematuhi terma di dalam perjanjian, tuan rumah hendaklah membenarkan penyewa menikmati runah tersebut tanpa gangguan
- menanggung kos kerosakan akibat tear and wear
- menghantar notis secukupnya melalui telefon, sms, surat atau emel jika hendak datang dan masuk ke rumah tersebut utk tujuan pembaikan dan pemantauan
- memulangkan deposit selepas ditolak kos pembaikan yang disebabkan kecuaian penyewa serta ditolak bil utiliti yang belum dijelaskan
8) masa
- masukkan terma MASA ADALAH ASAS KEPADA PERJANJIAN INI
atau bahasa inggeris adalah TIME IS OF THE ESSENCE
kenapa kena ada? haaaaaa.... nanti saya cerita...
perjanjian mestilah ditandatangani oleh kedua belah pihak
seeloknya penyewa ada saksi, tuan rumah pun ada saksi.
gambar cuci mata:
suasana belajar berkumpulan. haaaa... ada berani?
24 ulasan:
Wah bagus entri ni, memang mencari info pasal ni sebab tak lama lagi nak mula sewakan apartment.
Ada sample perjanjian yang lengkap yang boleh dikongsi tak?
zianit, email saya di propertywaltz@gmail.com nnt saya bagi.
mmg tgh blurrr ni. nak minta pandangan, rumah kedai kalau ikutkan boleh dijadikan premis perniagaan kan? brader ni sewa shop apt sy utk dijadikan ofis. perlu tak sy minta kebenaran pbt?
maz.... haaa.. sesuai tu dgn tajuk.. sama2 blurr.. hm.. setahu saya tak perlu minta kebenaran pbt utk buat pejabat. cuma masa dier sewa tu, maz setuju ke nak dijadikan pejabat? adakah tujuan sewaan adalah utk perniagaan? kalau setuju, tak ada masalah...
wah..info yg sgt2 berguna..blh x sy dapatkan sample perjanjian yg lengkap dr cik rohaniah..ni email sy..(hamizan.subhan@gmail).com..tq!
ya, tujuan sewaan utk perniagaan dan sy setuju utk dijadikan pejabat. thanx.
skyputra, check your email
hi,
agreement sewa selalu nya saya buat valid untuk 1 tahun..so tiap tahun kena buat agreement baru..malas jugak tiap tahun kena buat..ada idea x mcm mana nak extend agreement without renew agreement tiap tahun..hehe..
chop, tak perlu buat the whole agreement. cukup sekeping perjanjian kata tenant setuju nak sambung sewaan lagi setahun atau dua tahun, then dua2 pihak sign tanda setuju. kemudaina boleh lah stampingkan agreement ni
ic2..kalau ada copy sy nak 'pinjam' bleh..cuma tu ler agreement asal bhasa mlayu..emel kat sudirsobri@gmail.com
Salam. Bagus betul content. Mintak cik tolong email sample agreement pada alamat email nie suenita05@yahoo.com. Terima kasih yerk.
Boleh email contoh ke hazim.yahya83@gmail.com
Boleh email contoh ke hazim.yahya83@gmail.com
saya pun nak juga lah contoh agreement ni. boleh tak?
emel saya bobdacruz@yahoo.com
assalamualaikum cik Rohaniah Noor.. mohon email saya contoh perjanjian jika tidak keberatan ke alamat email saya amlidaod@gmail.com
terima kasih saya dahulukan
Ingin tanya pendapat:
Situasi:
Saya menyewa rumah dari december 2011. Sehingga december 2012 perjanjian telah tamat tempoh. Tuan rumah memberi perjanjian baru (december 2012 - dec 2013) tetapi tidak ditandatangan sehingga sekarang. Sewa dibayar setiap bulan.
Isu sekarang:
Tuan rumah memberi notis pada 25 October 2013 mengatakan kontrak yang tidak ditandatangan itu akan tamat dan tidak akan disambung lagi. Diminta mengosongkan rumah pada december.
Tuan rumah tidak mahu kontra kan deposit 2 bulan pada awalnya dan minta saya pindah juga sebelum 16 december.
saya buat permohonan lanjutan sebulan supaya proses pemindahan mudah dan sama-sama puas hati. Tuan rumah tidak setuju.
Isu
- Mengikut Akta Perjanjian Sewa - tuan rumah perlu memberi notis sekurang2 3 bulan untuk mengosongkan premis
- Adakah tuan rumah ada hak untuk menyita rumah tanpa perintah mahkamah
Cik mohon bgi sample perjanjian sewa rumah Yg lengkap..safry83@gmail.com
Sgt berguna entry ni. Mmg tgh blur nak wat agreement. Boleh emailkan contoh perjanjian sewa rumah pd sy. dzulfaridizmer@gmail.com
Sgt berguna entry ni. Mmg tgh blur nak wat agreement. Boleh emailkan contoh perjanjian sewa rumah pd sy. dzulfaridizmer@gmail.com
Assalam,boleh emailkan saya contoh pembaharuan perjanjian penyewaan.t.k..
Hafzhmuhd@gmail.com
Salam, boleh emailkn contoh pembaharuan perjanjian sewa rumah dalam bm ke rajasuryana@yahoo.com
Thank you.
Salam, boleh emailkn contoh pembaharuan perjanjian sewa rumah dalam bm ke rajasuryana@yahoo.com
Thank you.
Sis bole ke konsi dengan sy juga.
faridahbintimohamed@gmail.com
Sis bole ke konsi dengan sy juga.
faridahbintimohamed@gmail.com
Catat Ulasan