masalah kulat atau spora
sejak penyewa lama keluar, saya dapati semua perabot tu naik kulat.
katil, meja solek, almari baju...
semua permukaan dalam dan luar naik spora putih2
mula2 saya ingat sebab material perabot tu ke?
tapi bilik sebelah yang guna set perabot yang sama tak ada komplen pulak
malahan bedside table bagi set tu saya bawak balik guna kat rumah.. takde berkulat pun..
heran...
memang tingkap bilik tu bertutup sebab takut masuk air hujan yang tempias
bilik dah kosong sebulan setengah..
saya dah lap dengan tisu sampai bersih
tapi 2 minggu kemudian, saya tengok kulat naik semula
bincang dengan partner, mungkin buang je perabot tu ganti dengan katil lain...
setuju...
malam tadi saya ke sana semula..
ingat nak bersihkan kulat tu lah
kemudian ke kedai perabot cari katil lain ke..
penyewa bilik lain tak ada.. balik kampung kot..
tapi saya dah bagitau mereka saya nak datang.
penyewa perempuan kan.. jadi tak ada masalah
masuk je bilik saya tengok kulat dah naik samapi ke meja study
ok, meja study tu bukan set yang sama
material kayu dia pun lain sikit
kalau meja study pun naik kulat, bermakna sah bukan salah materis set bilik tidur tu
saya telefon beberapa rakan
bertanyakan petua
seorang kawan memberitahu, kulat ni sebab orang takde.. jadi dia lembab
kalau ada orang, badan orang tu akan bagi suhu panas
betul tu.. saya pun terfikir begitu
dia cadangkan saya cuba letak alat yang besihkan udara tu..
air purifier
alat tu boleh atasi kelembapan dalam rumah
mana tau boleh membantu
kalau dah ok nanti atau bila penyewa dah masuk, ambil lah alat tu guna di rumah pulak
saya pun lepas bersihkan bilik tu, terus berkejar ke jusco equine
sampai di jusco dah pukul 10.05 malam..
nasib baik jusco belum tutup
saya terus dapatkan air purifier dan satu extension elektrik bulat untuk pasang air purifier tu nanti,
bergegas semula ke rumah sewa tersebut dan pasang air purifier tu.
heh, lawa pulak warna ungu jingga ni.. hehehehe
lepas pasang, saya angkat katil queen spring yang 9 inci tu pulak sorang-sornag
nak terbalikkan yang di bawah ke atas
kemudian saya keletihan sangat
ye lah. hari ni saja saya dah habiskan minyak motor hampir rm8
punyalah jauh ke sana ke mari...
letih sangat saya baring sebentar di atas tilam empuk tu
bila tersedar dah pukul 2.30 pagi
alamak.. takut pulak nak balik kajang naik motor waktu2 begitu
apa lagi terus lelap mata lah sampai pagi esok
bangun pukul 6, solat subuh dan terus gerak balik kajang..
air purifier baru buat tidur saya sangat selesa di rumah sewa yang sebelum ni saya tak pernah tidur di dalamnya..
dan oleh kerana saya masih hidup dan sihat, ini bermakna bilik tersebut selamat untuk didiami...hehehehe
mungkin kawan2 ada cadangan nak selesaikan masalah saya?
10 ulasan:
Also buy some Thirsty hippo or generic brand sold in Carrefour or tesco, for absorbing moisture in the room
haaa.. thirsty hippo ye.. ok will try... thank you haruki for the suggestion
mmmmm betul tuh sbb orang takde, then tingkap tertutup kan..udara terpenggap..lebih kurang masalah kitorang kat sini la..cuma alhamdulillah kat sini tak naik kat perabot..
haaa. tu lah... sian betul bilik tu.. tp dah bukak tingkap sket dah.. dan letak air purifier tu.. balik dr cuti krismas nnt nak gi jenguk macamana..
Rohaniah..tanya skit..masalah tu masih berlaku kr dah setle?...tk
saya rasa bukan masalah xde org dalam bilik tu..sebab saya sendiri menghadapi masalah yg sama..bila lap kulat tersebut akan naik semula selepas seminggu..
Nak tny mmg b'kesan ke gn air purifier tu? Sy hadapi mslh yg sama. Tp bilik tu ada org.
Dah ada solution ke utk mslh tu? Sy pening kepala dgn mslh kulat ni. Gn thristy hippo tu pun macam xjalan.
Kulat ni puncanya disebabkan kelembapan udara yg tinggi serta pengaliran udara yang kurang baik. Cik rohaniah dah check kalau2 ada kesan kebocoran atau mana2 punca air yg boleh menyumbang kpd kelembapan udara?
Cara biasa nak tingkatkan pengalliran udara ialah dengan membuka tingkap. Kalau xnak buka boleh guna exhaust fan. Kalau xda exhaust fan guna kipas meja pun boleh. Boleh guna timer kalau nak jimat elektrik. Panjang la pula karangan ni. Haha
Catat Ulasan