30 Disember 2011

perkongsian lewat 2011

salam lewat 2011 semua
Hari kedua terakhir bagi tahun 2011
maka hari ini saya nak kongsikan satu cerita

Ada dua orang anak kecil.. adik beradik
namanya Annisa dan An-nur
Kedua-duanya mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak), Mitchondrial Disease dan Global Developmental Delay.


Apa itu Cerebral Palsy?

Dipetik dari http://www.spasticpenang.org.my/rs_cerebral_palsy.php

The term cerebral palsy refers to any one of a number of neurological disorders that appear in infancy or early childhood and permanently affect body movement and muscle coordination but don’t worsen over time. Even though cerebral palsy affects muscle movement, it isn’t caused by problems in the muscles or nerves. It is caused by abnormalities in parts of the brain that control muscle movements. The majority of children with cerebral palsy are born with it, although it may not be detected until months or years later.

Cerebral palsy can’t be cured, but treatment will often improve a child's capabilities. Many children go on to enjoy near-normal adult lives if their disabilities are properly managed.

Adik Annisa dan An-nur amat memerlukan rawatan segera di Erkang Hospital di China, seterusnya latihan fisioterapi dan program pemulihan yang intensif.

Kos yang tinggi amat diperlukan. RM500K untuk menampung kos rawatan ini.
Maka satu tabung khas untuk mereka pun ditubuhkan.
Satu kempen khas diberi nama Hope2walk dianjurkan.

Kisah dua adik beradik yang menyentuh hati ini juga banyak mendapat liputan media massa.
Muncul di Sinar Harian, Nasi Lemak Kopi O
dan juga di MHI pada 22 Disember 2011 jam 7.30 pagi.. namun jam 8.30 pagi hari yang sama, adik Annisa pergi dahulu meninggalkan ibu bapa dan adiknya yang masih lagi berjuang.



Mengimbau kata-kata si ayah terhadap pemergian si kakak

‎"Dia menolak untuk ke China, barangkali memberi ruang untuk adiknya kerana mencapai sasaran kutipan masih jauh. Dia padamkan lilinnya untuk menerangi lilin di kehidupan abadi. Untuk menerangi taman-taman wangi-mempersiapkannya untuk kami menyusul nanti."



Kawan2,
Saya bertemu page FB kempen ini 3 hari sebelum arwah Annisa meninggalkan kita semua
iaitu beberapa hari selepas Lend a Helping Hand 2011 dianjurkan.

maka pemergiannya memang mengejutkan... memang satu jam penggera kepada saya yang saya perlu berbuat sesuatu
berbuat sesuatu untuk membantu sekadar apa yang di dalam kemampuan saya
itu termasuklah berkongsi cerita ini dan rayuan bantuan ini di laman FB saya dan di blog ini.

Sempena penghujung 2011 ini, apa kata kita tutup diari kita dengan sesuatu yang sangat bermakna
apa kata kita sumbangkan seberapa sahaja yang kita mampu kepada adik ini
Biar An-nur berpeluang menjalani rawatan
Biar An-nur boleh bersekolah
Biar An-nur boleh berjalan seperti kanak2 lain

apa kata juga kita war-warkan kisah ini kepada kawan-kawan dan keluarga kita yang lain pula

Kerana jika satu hari hajat kita melihat adik An-nur berjalan dan bersekolah terlaksana, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembira dan puasnya hati kita





Kawan-kawan boleh menyumbang dengan cara bank in ke:

Maybank Mohd Affandi bin Ramli (bapa) 156114001424 
atau
Maybank Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin (mother) 162021363678


boleh emel ke hope2walk@gmail.com untuk memaklumkan sumbangan tersebut.

jom LIKE page FB page mereka https://www.facebook.com/hope2walk
atau lawat blog kempen ini di http://www.hope2walk.blogspot.com/

**Bagi mereka yang berada di LembahKlang, satu lagi mini konsert akan diadakan pada 31 disember ini
bertempat di Apartment Harmoni, Damansara Damai
https://www.facebook.com/events/218860304855217/
Bolehlah menyumbang sambil berhibur

5 ulasan:

Haruki berkata...

Thanks for sharing Anie, we've made our small contribution. All the best to the girl and parents.

Rohaniah Noor berkata...

thank you very much haruki for your generosity. May God bless you and may An-nur will have a bright future since she has us, kind-hearted Malaysians

Admin berkata...

Terima kasih perkongsian ini.
Semoga perkongsian ini boleh membantu sikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh keluarganya.

hope2walk berkata...

jutaan terima kasih empunya blog atas perkongsian ini.. allah jua membalas kebaikan anda..

mama annisa & an-nur

Rohaniah Noor berkata...

mama annisa dan annur,
sebak saya membaca komen puan.. terima kasih sudi jenguk blog ini dan memberi komen. semoga an-nur dapat menjejakkan kaki ki china sedikit masa lagi