31 Disember 2011

2011 dalam imbauan

Hari terakhir 2011..

Kalau rancangan TV, mereka akan buat imbauan 2011
saya pun nak gak buat imbauan 2011 kan...

Disember 2010 tempoh hari matjoe 'paksa' saya masuk pertandingan Azam Tahun Baru dia
sebenarnya bagi saya, azam saya adalah perkara pribadi
saya tak suka war-warkan perkara yang belum pasti akan berlaku
tapi demi matjoe, saya masuk gak la pertandingan tu dan kongsikan azam saya

ini azam saya yang saya kongsikan tu


Jujurnya, 4 azam yang saya kongsikan ni, satu pun belum jadi kenyataan

-21 km marathon - belum bersedia dari segi stamina dan kemahiran berlari. lari 10 km pun masih slow
-BLS UiTM - belum tercapai sebab perubahan jadual semester. sepatutnya semester berakhir pada bulan nov, tapi sekarang semester berkahir pada bulan Januari tahun depan. So, belum tamat lagi lah belajar untuk tahun ni
- Germany - yang ni belum cukup bajet lah.. lagipun sitie yang kat Jerman tu pun nak balik bulan Januari nanti
- Landed commercial property - belum terlaksana. cuba untuk membeli low-cost shop awal tahun aritu tapi terkena vendor yang dah dpt notis bankrap. jadi, satu bank pun tak mau bagi pinjaman.

Sebenarnya saya ada beberapa azam lagi yang saya tak kongsikan kerana segan.
Azam tu pun belum terlaksana.
Terpaksa bawa ke depan.

Tapi yang menariknya, perkara-perkara yanag saya tak rancang dari hujung 2010 pulak terlaksana
Perkara-perkara yanag cukup membuatkan saya tersenyum
cukup membuatkan 2011 saya begitu bermakna

antaranya

Januari


Dapat menghadiri seminar khas Dr Peter Yee bertajuk "How to Identify Investment Grade Shop-Offices in the Same Location". Seminar ini sangat istimewa sebab dianjurkan khas untuk kami peserta-peserta satu program tak jadi iaitu Property Millionaire Challenge.


Februari


Pertama kali bertemu dengan penyanyi yang sangat saya gemari semasa saya di sekolah rendah dan awal sekolah menengah iaitu Francissca Peter. Yang tak syoknya masa tu handphone saya rosak dan saya tak ada kamera, maka tak ada lah gambar dengan dia malam tu walaupun saya dapat jumpa dia, bersalam dan ambil autograf.

Mac


Pertama kali dalam sejarah saya, saya dan kawan-kawan Property N Co berjaya anjurkan sharing session pertama di dalam pelaburan hartanah. Asalnya kami rancang nak buat kecil-kecilan untuk rakan terdekat.

Tujuannya supaya kami boleh berkongsi apa yang kami tahu kepada mereka dan mereka tak perlu membayar yuran seminar yang mahal sampai beribu-ribu ringgit tapi isi pentingnya sedikit sangat. Kami gabungkan ilmu yang boleh diperoleh dalam 3 - 4 seminar ke dalam satu sesi 2 hari yang penuh padat dengan info teknikal dan tips.

Namun hasilnya, sesi yang dah tak berapa kecil-kecilan dan hanya dua orang je rakan peribadi yang datang. Tu  pun kawan nicole dan kawan ctfarazila. Kawan saya ada sorang nak datang tapi tarik diri pada saat-saat akhir sebab ada hal penting.

Tapi terima kasih sangat pada peserta sesi pertama ini. Anda sebahagian dari sejarah hidup saya.

Julai


Sesi kedua sharing session Property N Co.
Kali kedua kan.. maka lebih meriah. Yang uniknya, disebabkan tarikh tu sama dengan tarikh Bersih 2.0, maka kami terpaksa tunda sedikit ke tarikh lain. Tempat pun terpaksa tukar sebab tarikh baru tu, IYC dah tak de bilik kosong.

Satu lagi yang istimewa sebab kami mula bekerjasama dengan AE kali ni. Menarik juga bila blogger hartanah bergabung dan bekerjasama.
Terima kasih tak terhingga kepada peserta-peserta sesi ini. Korang memang sporting habis!


September


Bantu kak bibs, adik dan pengurus kak fran untuk anjurkan Pyjama Party sempena hari lahir kak fran. Satu pengalaman yang sangat menarik sebab pertama kali buat emel jemputan guna html email, pertama kali terlibat menjemput pihak wartawan dan dapat pengalaman mencari penaja.


Oktober


Berjaya mendapatkan lesen Scuba Diver. Buat di Pulau Mabul dengan kawan, kak jue. Hajat hati nak buat lesen Open Water, tapi apakan daya saya demam dan selsema teruk 3 minggu sebelum pergi. Sampai sana, demam dan selsema lagi sampai mengganggu saya menyelam.  Tapi tak per lah, suba diver pun boleh turun menyelam, cuma tak lebih dari 12 meter di bawah paras laut lah.

November


Buat pertama kali, saya menulis artikel untuk pihak lain selain blog saya. Saya pilih majalahniaga.com. Dan buat pertama kali, artikel saya diterbitkan. wohoooooo! Tak terkata betapa gembiranya saya. Hajat saya untuk menjadi penulis dah nampak bayang ada harapan.. Alhamdulillah...


Disember


Rasanya ini kejayaan terbesar saya pada tahun 2011. Saya berjaya anjurkan satu seminar untuk kebajikan bersama-sama kawan-kawan Property N Co. Ye memang benar, ini idea asal saya semasa kami mula-mula tubuhkan Property N Co dulu. SAngat gembira kerana mendapat kerjasama dari AE, En Esa deri terra-nusa, majalahniaga dan pihak NSTP sendiri.  Untuk program ni juga, kami dapat penaja dari segi pengiklanan dari matjoe.com dan catatadarideutschland.blogspot.com dan juga LCD projector.

Paling gembira kerana ramai yang sudi menyertai program ini datang ke seminar atau memberi sumbangan melalui yuran sumbangan serta ramai juga yang membeli ebook AE dan buku Ho Chin Soon yang En Esa jual sebagai sumbangan untuk kutipan tabung. Jumlah sumbangan yang berjaya dikutip semua sekali adalah RM 2,723.75 dan cek terus disampaikan ke wakil Tabung Kebajikan NSTP. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat dan yang memberi sumbangan.


Kesimpulannya, walaupun azam yang saya tanpa rela letakkan di blog ini tak terlaksana, tapi saya ada banyak kenangan manis dan pencapaian lain yang tak akan saya lupa.

Kegagalan di 2011 pun ada.. tapi tak perlu lah kongsi di sini.. pendam sendiri saja buat pengalaman...

Selamat Tahun Baru semua
Selamat Menyambut tahun 2011
Semoga 2012 memberikan banyak lagi peluang kepada kita mencipta kejayaan dan kesihatan yang baik.

** Jika ingin berbuat kebaikan, jom baca entri saya ni.

Saya tujukan lagu ini dan lirik yang cantik ini buat semua
Some days are meant to be remembered
Those days we rise above the stars
So I'll go the distance this time
See it more the higher I climb
That the more I believe
All the more that this dream will be mine
 If I could reach, higher
Just for one moment touch the sky
From that one moment in my life
I'm gonna be stronger
Know that I've tried my very best
Put my spirit to the test
If I could reach...


2 ulasan:

sitiezahim berkata...

takpe la azam yg pegi deutschland tuh pending unt taun 2012 la plak..hehe

Rohaniah Noor berkata...

hahaha... tulah.. tunda tunda...