24 November 2011

memang takde penalti ke?

Bila saya menulis tentang peraturan baru Bank Negara, ada yang bersemangat nak tunggu 1 Julai untuk refinance atau jual property mereka.
Memang boleh... memang akan tiada penalti kerana menyelesaikan hutang lebih awal
jika mengikut kenyataan akhbar ni, ia untuk semua jenis pinjaman pengguna
pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kereta..

tapi jangan lupa
bagi urusniaga hartanah, anda masih tertakluk kepada satu lagi perkara
iaitu real property gain tax (RPGT)
jika anda menjual property tu kepada pihak lain, anda akan dikenakan cukai ini
berdasarkan bajet 2012, RPGT distruktur semula
untuk hartanah yang diperoleh kurang dari 2 tahun, kadar RPGT adalah sebanyak 10%
untuk hartanah yang diperoleh 2 - 5 tahun, kadar RPGT adalah 5%
kalau dah lebih 5 tahun, tiada RPGT dikenakan
pengiraan RPGT ini adalah berdasarkan keuntungan harga rumah tu.
jika anda beli dulu 100K kemudian nak jual pada harga 150K, jadi kadar rpgt akan dikira dari keuntungan 50K yang anda dapat tu.

Jadi, maksudnya di sini
selepas 1 Julai 2012

jika rumah tu anda baru beli 1 tahun setengah tahun dan nak jual
anda tak perlu bayar penalti kepada bank
tapi masih tertakluk pada rpgt sebanyak 10%

jika baru setahun setengah beli tapi nak refinance je.. atau nak bayar cash untuk selesaikan terus pinjaman
mungkin anda dapat duit terpijak ke kan..
anda tak perlu bayar penalti
dan tak perlu bayar RPGT sebab anda tak jual rumah tu. hakmilik tetap anda punya.

jika rumah tudah dibeli lebih 5 tahun dan anda nak jual
anda tak perlu bayar penalti
dan tak perlu bayar RPGT

ok sekarang harap anda semua jelas tentang hal ini
hm.. kalau adik saya, sitie yg dulu selalu pening baca blog saya tak faham sekarang boleh faham
itu maknanya saya dah sampaikan maklumat ini dengan baik
so, sitie, jelas tak info ni? andalah benchmark ni..
hehehehe

gambar cuci mata: jom bina pendapatan pasif.. jangan bergantung pada kerja sampai tua.
bila dah sampai begini, maknanya anda memang wajib resign :)


6 ulasan:

sitiezahim berkata...

hahaha..okeh yg ni i paham :P

Rohaniah Noor berkata...

haaaa.. bagus bagusss.... tu maknanya i terer menulis dan u dah makin terer selok belok pelaburan hartanah. hehehe

sitiezahim berkata...

hahahha...ok la bahasa mudah nak paham..hummm nasib baik ada orang2 yg baik mcm u n AE tuh, kongsi benda2 camni..alteast takde la otak i zero sangat muhahaha

Rohaniah Noor berkata...

haaa.. i mmg lah baik budaknya... hihihi... AE pun baik gak.. tp dia baik dan hensem. i baik dan comel hahahaha

abang ensem berkata...

Errrkkkk... speechless..

Rohaniah Noor berkata...

hahahaha...