15 November 2011

berapa kayakah anda?

Orang selalu kata, "pak haji tu kaya.. ada 5 keping tanah kat kampung sebelah"

atau

"Datuk tu memang kaya.. dia ada 5 bijik kereta volvo"

atau

"ko ni.. apsal miskin sangat.. dah kerja bertahun-tahun tapi cuma ada motor cabuk je ke sana ke mari"

atau juga

"terer lah ko.. dah ada rumah banglo besar macam ni.. aku ada rumah flat je dua bijik"


biasalah kan kita manusia..
bila nampak orang tu pakai kereta besar.. ada rumah besar... kita cepat kata dia orang kaya.. ada banyak duit.
bila dengar orang tu ada 2 je buah rumah, kita yang cuma ada empat buah rumah mula rasa kita lebih hebat.

begitu kah cara kita mengira nilai kekayaan kita?

sebenarnya salah.. bukan begitu.

Nilai diri kita dari segi kewangan diukur dari segi net worth.
Bahasa melayu panggil apa eh? nilai bersih?
Ia merupakan jumlah nilai aset anda ditolak dengan jumlah liabiliti.

Aset adalah seperti jumlah nilai semasa saham yang anda ada, jumlah nilai semasa hartanah, nilai pasaran semasa kereta anda, jumlah wang simpanan, bon, unit amanah yang anda ada malah temasuk juga alat kemas berharga, alat muzik yang mahal atau apa juga yang anda ada yang ada nilai semasa dan boleh dijual semula.
Formulanya mudah sahaja...

Liabiliti pula adalah jumlah hutang yang anda ada..
hutang rumah, kad kredit, hutang pinjaman ASB, pinjaman peribadi, komitmen insurans,hutang PTPTN dan apa juga hutang lain yang masioh berbaki.

Jumlahkan nilai aset.
Jumlahkan nilai liabiliti.
Kemudian gunakan formula ini

Net worth = Jumlah aset - Jumlah liabiliti


maka hasil kiraan inilah net worth anda.
Jika ia positif, bermakna ada ada nilai kewangan yang positif.
Jika ia negatif, maka situasi anda teruk sekali! hutang anda melebih aset dan anda mungkin boleh bankrup.

Ini juga bermakna, walaupun si A mempunyai 4 buah rumah dan sebuah kereta mercedes dan si B mempunyai dua buah rumah sahaja dan sebuah kereta VIVA, jangan ingat si A pasti lebih kaya dari si B.
Jika nilai rumah si B lebih mahal sedangkan jumlah hutang atau liabiliti beliau lebih kecil, mungkin beliau lebih kaya.

Jadi, jangan lah risau jika hartanah yang anda miliki hanya rumah kos rendah.
atau jangan bimbang jika bilangan hartanah yang anda ada lebih kecil kuantitinya dari orang lain
yang penting adalah net worth anda.
Lebih besar nilai net worth, itulah yang terbaik.


Gambar cuci mata: kucing mak yang bernama Siam Putih sedang tidur dalam raga

4 ulasan:

sitiezahim berkata...

i macam negetip aje..huhuhu

m.esa.ro berkata...

Apa beza kaya dan mewah?

Ada orang hidup dalam kemewahan tapi mereka sebenarnya miskin. Mereka hidup mewah dengan berbelanja gunakan kad kredit atau pinjaman peribadi. Perbelanjaan melebihi pendapatan bulanan.

Ada juga orang yang mewah dan kaya harta tapi miskin peribadinya. Sombong dan membangga diri. Perlekeh orang susah, tak mahu beri bantuan ilmu apatah lagi wang ringgit.

Jadi kaya pada saya mestilah seimbang, kaya harta dan kaya budi/peribadi.

Waulahulam

Unknown berkata...

setuju sangat dengan penggunaan net worth tu then aku pun pernah ulas pasal ni... dan ramai juga yang tak bersetuju sebab masih nak pakai gelaran 'jutawan' tu...;)

anyway kaya atau tak, jutawan atau tak.. terletak pada diri masing2..

Rohaniah Noor berkata...

sitie, apa pulak negatip. cuba kira betul.. rumah kan dah naik harga, kancil lak dah takde hutang.. ada positif gak tu...

m.esa.ro, ya.. kaya mmg perlu seimbang. jgn kaya budi pekerti tp nak makan pun takde duit. jgn kaya harta semata2 tp sombong dan bongkak.

wakif, hmm... biarlah kalau ada sesiapa nak claim dia jutawan. mungkin memang betul jutawan.. atau mungkin sekadar gimmick promosi. yg penting kit atahu kewangan kita sdr..