
Semalam kawan2 senior sama belajar law dengan saya meraikan hari konvokesyen.
Tahniah... saya sangat bangga dengan anda.
mereka ni walaupun senior setahun, tapi kami selalu sekelas.. sama2 ambil sesuatu course/ subjek..
faham2 lah belajar out campus ni.. satu kelas tu kira campur je..
tak ikut batch pun..
kira siapa nak ambil course tu, boleh ambil. asal jadual tak clash.
Salah seorang kawan saya ini, dia selalu kongsi tips dan nota dengan saya.
dan pernah kami buat group study bersama2.
Terima kasih kerana tidak kedekut ilmu.. semoga Allah membalasnya berlipat ganda.
Salah seorang dari mereka ni pula seorang novelis dan penulis skrip...
dia memang sangat hebat.
komitment sebagai isteri, ibu, penulis dan pelajar undang2...memang sangat saya kagumi.
Gambar konvo mereka akan jadi pembakar semangat saya.
Setelah 4 tahun setengah belajar undang-undang, perjalanan saya ternyata belum tamat dan masih panjang.
Semoga Allah kuatkan semangat saya dan membantu saya di dalam pengajian ini.
Saya ingin kongsikan satu video klip kepada semua pembaca
Saya tak tahu selama ini anda tengok atau tidak video-video yang saya kongsikan di sini
Tapi kali ni, saya memang sangat berharap anda menontonnya.
Semoga ia menjadi inspirasi kita di dalam mengejar dan berusaha mencapai apa yang kita impikan.
Semoga kita semua tidak kenal apa itu 'putus asa'.
2 ulasan:
huhuhu sedih kan...
huhuhu.. sedih tgk harapan dia hancur tapi kagum dengan semangat dia..
Catat Ulasan