18 Oktober 2011

Hanya kita

Ramai lelaki berharap, untuk membeli rumah selepas kahwin.
Sebab boleh berkongsi pendapatan.

Ramai wanita pula mengangankan tinggal di rumah yang disediakan oleh suaminya.
Kerana itulah tanggungjawab seorang suami kepada isterinya.

Ramai pula individu yang mengharapkan orang yang mereka sayang sentiasa di sisi mereka
untuk ketawa bersama di masa senang dan menangis bersama di masa susah

Tapi sedarkah bahawa sebenarnya masa depan kita, jalan hidup kita adalah di atas bahu kita
Kita yang menentukan masa depan kita
Bukan orang lain yang kita sayang
Kerana ada waktunya di kala kita sangat sedih
Sangat susah
Tiada siapa pun menemani kita dan meminjamkan bahu untuk kita

Hanya diri kita sendiri sahaja

Semoga Tuhan menyayangi kita semua


6 ulasan:

pak wan berkata...

rasa the main point is for ladies to beli property before they are married so that property tu jadi milik diorang if anything happen (betui ke?)..

hahaha saya pun tak tau pasal benda ni dulu.. dah kawin baru beli property..

if tau awal.. maybe beli banyak2.. sewakan.. pastu keep quiet.. rumah lepas kawin hubby beli or nama bersama.. boleh tak? :)

Rohaniah Noor berkata...

ojah.. haaaa.. itulah antara mesej saya... hihihi
tu yg saya selalu cuba sampaikan. kita perempuan belilah at least 1 property sebelum kahwin supaya tak jadi harta sepencarian. mmg betul sgt lah kata2 ojah tu..

sitiezahim berkata...

ala...i beli lepas kawen..takpe harta pompuan walau lepas kawen, suami takleh tuntut kecuali la dia kuar modal skali hehehe

Rohaniah Noor berkata...

sitie, mana ada mcmtu lah.. definisi harta sepencarian adalah harta yg dibeli semasa dlm perkahwinan. takde restrict suami atau isteri yg beli

Rohaniah Noor berkata...

sitie, mana ada mcmtu lah.. definisi harta sepencarian adalah harta yg dibeli semasa dlm perkahwinan. takde restrict suami atau isteri yg beli

sitiezahim berkata...

ooo..tapi kalau harta tuh atas nama kita? huhuhu