29 Oktober 2011

cimb mengundur ke belakang?



saya memang betul nak marah hari khamis lepas
saya ke cimb, nak minta mereka print penyata bank saya utk 3 bulan
sebab kalau kat cimclicks, boleh print 2 bulan je.. saving account
kalau current account, baru boleh print 3 bulan

last saya minta mereka print statement 3 bulan adalah pada awal tahun ni
masa tu saya ke cawangan cimb, request dan mereka akan printkan pada masa tu juga
tapi kena bayar caj lah .. sikit je...
takde masalah pun.. saya pun happy je walaupun kadang2 ramai sangat orang kat cimb tu kena tunggu sikit

tapo khamis lepas bila saya ke sana
officer dia tanya, saya dah buat request ke belum
saya terkejut lah, kena buat request awal2 ke?
"ya puan... kena request dulu, kemudian 3 hari bekerja baru boleh collect"

saya terus, "whatttt? 3 hari?"
"sebelum ni saya datang boleh je print terus?"
"dulu mmg boleh puan.. tapi sebab ramai sangat nak print, jadi kami tak boleh kelaurkan on the spot. kena tunggu 3 hari."
saya memang bengang dengar.. sebab saya nak siapkan dokumen tu cepat.. 3 hari aduh...

"kalau kat online, saya tak boleh print 3 bulan.. lain lah you buat boleh print online je"
ye lah,,.dah komplen sgt ramai org datang nak suruh print statement kan..
so sediakan lah print online 3 bulan.. tak payah kami menyebuk kat kaunter korang ni
contoh mcm maybank tu.. senang je print online 3 bulan

"online tu boleh print 2 bulan je puan"

saya memang bengang tahap maksimum masa tu...
sebab saya rasa cimb dah mengundur ke belakang. orang lain bg servis makin laju, awak makin perlahan?
dari elok2 boleh print hari yang sama, kena tunggu 3 hari pulak?
cetak penyata bukan susah.. key in no akaun saya kat komputer depan dia tu dan print.
tu pun kena tunggu 3 hari?
jadi apa guna sistem komputer canggih2?
saya boleh terima tempoh 3 hari kalau perkara tu komplikated
contoh saya nak hantar duit ke luar negara ke.. nak cashkan cek bank lain ke..
tp ini benda simple..

terus saya sound mereka, "haaa korang ni semua kalau kat staff gomen, cepat je mengutuk kata gomen sloww"
"tapi you all bank lagi lembab..."
"mana borang?"

saya isi borang dan blah.. isnin baru boleh ambik...


lagu lepas geram

8 ulasan:

Mohammad Syahman bin Abu Hasan berkata...

Huyyoo! takut aku kalo aku ada kat situ masa tu..hehehe..

Rohaniah Noor berkata...

hihihi.... kalau jd pegawai CIMB tu pulak macamana? hehehehe

abang ensem berkata...

Nasib baik saya tolak offer CIMB hari tu. Kalau tak confirm saya yang kena marah dengan eun-yong.. hehehe

Rohaniah Noor berkata...

haaaa.. nasib baik AE.. terselamat... hahahahaha

Farazila Wahab berkata...

uishh... eun-yong kalau marah mmg takotttt... hehehhe

Rohaniah Noor berkata...

hahaha.. saya mmg boleh jadi naga jadian.. so jgn berani buli ye

d-bug berkata...

Betollah. Rasa nak mengamuk jer masa nak buat current account untuk company aritu. lambat..

Rohaniah Noor berkata...

cimbeng mana tu d-bug? kalau cimbeng putrajaya yg saya gi ni mmg selalu ramai org.. tu yg lambat sket