lembab sangat?
atau bagi nasihat yang salah?
lawyer anda menyebabkan anda rugi beribu ringgit?
ye, lawyer lah yang paling penting dlm sesebuah urusan pembelian hartanah
itu sebab dalam sharing session property N co, saya menekankan pentingnya pilih lawyer yang bagus dan boleh dipercayai
tak semestinya dari firm besar
kadang2 firm kecik pun ok
lebih baik kalau lawyer tu sedara anda atau kawan anda yg anda dah tahu dia memang ok dan boleh dipercayai bekerja dengan efisien
takpun ambil lawyer yang dicadangkan dan sedia diketahui oleh kawan / mentor hartanah anda yg dia mmg ok
lawyer yang ideal adalah lawyer yang juga merupakan pelabur hartanah
sebab dia faham situasi kita
dan boleh bagi nasihat yang terbaik dari kacamata seorang pelabur.
Tapi ini tak bermakna lawyer yang biasa tidak boleh memberi nasihat yang baik
pun boleh... asalkan mereka dedikasi dan jujur dengan kerja mereka.
JANGAN sekali2 ambil lawyer yang dicadangkan atau dipaksa oleh agent hartanah
atau lawyer yg sama dengan lawyer seller anda
dan anda tak kenal langsung lawyer tu atau seller tu sebelum ini
sebab kita mahu lawyer yang betul2 jaga kepentingan kita
lawyer juga manusia.. takut dia bias
saya tak galakkan anda bertekak dengan lawyer
cara bergaduh ni tak selesai masalah
elok bincang baik2.. cuba fahamkan prosedur tu tersangkut kat mana
betul ke sebab lawyer? atau sebab pejabat tanah yg lembab?
atau bank seller atau bank kita yang lembab?
janganlah mudah salahkan lawyer juga...
tapi kalau betul mereka sangat lembab, atau silap dalam membuat tindakan
menyebabkan kita kerugian
anda perlu tahu yg lawyer ni ada insurans
setiap tahun mereka bayar insurans utk cover kalau2 ada tuntutan ke atas kesilapan atau salah laku mereka
so syarikat insurans yang akan bayar tuntutan itu
jadi, macamana nak buat aduan?
boleh hubungi Bar Council dan buat aduan secara rasmi.
no telefon dan alamat Bar Council, boleh semak di sini
Ingat, pilih lawyer betul2..
supaya tidak timbul Beribu Sesalan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan