sebelum ni saya pernah kongsikan kisah kitar semula di germany.
bagaimana pasaraya di sana menyediakan tong kitar semula untuk botol plastik.
setiap botol boleh claim balik 0.25 euro dari cashier pasaraya.
saya kongsikan di dalam entry saya ini, http://www.propertywaltz.com/2011/06/kitar-semula-belajar-dari-germany.html
merujuk kepada artikel di dalam blog adik saya ini
Baru-baru ini adik saya di Pomona, USA pula berkongsi gambar mesin kitar semula di kampus mereka.
Mesin ini menerima botol plastik dan tin aluminium.
setiap mesin akan mengeluarkan resit 5 sen US Dolar untuk setiap botol atau tin yang dimasukkan.
duit tu kemudian mereka akan claim di campus mart mereka.
Bagus kan cara negara-negara ini membudayakan dan mensistematikkan kitar semula di kalangan rakyat dan pelajar?
Bila Malaysia nak mengikut jejak langkah seperti ini?
4 ulasan:
itulah, sbg langkah permulaan, boleh cuba letak di kawasan uni apa..budak2 pon intelek so insyaAllah taderk vendalism..
p/s: pembetulan sket, mesin recycle yg leh claim duit kat sini tu terima botol plastik je..kalau kaca tuh biasanye org recycle pree..:)
haah, universiti mmg tempat yang sesuai nak mendidik. letak kat kafe pejabat2 pun ok gak kan...pembetulan dah pun dibuat.
bestnye kalau mesin ni ade kt malaysia...
fara. kann... senang saya recycle botol plastik kat rumah ni
Catat Ulasan