hehehe.. sabtu lepas memang buat kerja gila.
sesi property & co tamat sebelum pukul 6 petang,
kawan larian saya dah sampai pukul 4.50 petang di hotel.
sebab kami nak bergerak sama-sama ke putrajaya pulak.
malam tu pukul 8.40 malam ada fun run 5 km Shape Night Run.
running kit dan ambil hari khamis sebelumnya dah...

fuh.. memang mencabar lah..
sebab tak rest langsung.
masih mampu menamatkan larian 5 km dalam masa 37 minit, cayalah kepada diri sendiri.
Shape run ni, rupanya yang best adalah goodies beg dia.
banyak betul barang-barang yang kami dapat.
air kotak jus, air tin gatorade, majalah, rexona for women pun ada, voucher spa, berus gigi, mentos, voucher minuman jus buah-buahan, ubat tradisional cina dan macam-macam lagi
selain tu, booth pun ada sediakan air gatorade, roti dan yogurt free.
fuhhh.. patut lah shape run sungguh popular
dan patut lah kawan saya beriya-iya nak join shape run ni walaupun pendaftaran 12 km dah tutup.
fun run pun fun run lah...
saya mula2 berlagak..
apa kes lari fun run.. kita kan dah standard lari 10 km..
sekali padan muka saya, hari isnin flat keletihan sepanjang hari...
letih betul sampai tak boleh update blog. hahahahaha
inilah orangnya yang bersungguh-sungguh nak masuk shape run untuk dapatkan goodies bag :P
3 ulasan:
kak chan tersenyum lebar dpt baucher spa..hihihi :P
Nasib baik fun run 5km. Kalau eun-yong run 12km, 2 hari terlantar lah.
sitie, mmg dier seronok giler tgk banyak barang dagangan..., hahaha....
haruki, hahaha.. nasib baik. btw, i dah register putrajaya night run masa ambil running kit shape run ni. tarikhnya adalah pada sabtu malam 15 oktober, serentak dgn sesi property & co akan datang. hahahaha.. bersedia ambil cuti satu hari lagi pada hari isnin... hahahhaha
Catat Ulasan