
seperti yang telah diberitahu dalam entri-entri terdahulu, hujung minggu lepas saya menghadiri Property Investment Convention 2011 di The Gardens, Mid Valley.
untuk menjadi pelabur yang bagus, kita kena sentiasa belajar dan mendapatkan maklumat tentang perkembangan terkini di dalampelaburan hartanah
Ingat lagi entri saya pasal 6 money jars? 10% duit gaji kita sepatutnya kita ketepikan dan belanjakan untuk Education.
Konvensyen kali ni sangat menarik
Top Speakers dan tajuk-tajuk pembentangan memang sangat menarik
Ada Milan Doshi. Ho Chin Soon, George Stewart LaBrooy, Gererd Kho, Chris Tan, Dominic Lee dan 2 orang dari UK iaitu John Lee dan Vincent Wong selain seorang dari Australia, Samantha Payne.
Kalau nak cerita satu persatu apa yang dibentangkan terlalu banyak.
Cuma saya nak kongsikan pendapat Milan,
is it the correct time to sell? Buy? Hold ?or Hold and Refinance?
Jawapan Milan senang saja..
Sell... jika property kecik2 anda tu harganya dah naik dan anda nak start invest pada property yg lebih besar. shop office contohnya. sebab sekarang ni seller's market. ramai org tgh tamak dan bersemangat membeli rumah.
Ataupun jual property anda itu jika ia didapati bukan pelaburan yg menguntungkan atau di lokasi yg kurang baik. Pada masa ini, lebih mudah untuk anda jual property anda tu. Let go bad investment dan mulakan pelaburan baru yg lebih baik.
Buy... boleh.. tapi kena berhati-hati dan kena sangat memilih. pilih property yg benar2 rendah risiko dan pasti boleh memberi pulangan yg baik sahaja.
Hold... kalau duit sewa bagus dan kita ada holding power.. hold je la.. jgn jual. sewa masih bagus dan masih boleh cover bayaran bulanan ke bank kan...
Hold and refinance.. jika property tu market value dia dah naik dan sewa pun dah naik. Bila refinance, kadar sewa semasa masih boleh tampung bayaran bank selepas refinance dan kita perlukan cash utk buat modal pelaburan seterusnya.
Milan juga berkongsiciri-ciri seorang pelabur yg bijak.
Katanya, Smart Investor always
- demand zero or low risk with reasonable returns
- are patient. Do not rush to buy and later regret. Must wait for the best.
- swift decision making abilility when a good deal comes
- location / infrastructure of the property already matured or have exciting upside potential
- make $$ when you buy, not when you sell
- prepared for the worst. Assume each & every purchase turn 100% bad.
hm... itu cuma tips2 penting yg Milan kongsikan.
ada banyak lagi tips dan perkembangan terbaru dunia pelaburan hartanah daripada speaker lain.
Kesimpulannya, ia memang satu event yg bagus.
Tahniah kepada Penganjur.
So, yang mana satu yg anda patut buat?
terpulang pada portfolio pelaburan anda.. pada proeprty yg ada pada anda sekarang dan cash yg ada sekarang.
Terpulang juga pada strategi anda.
(gambar di atas di ambil oleh ctfarazila. saya takde kamera... huhuhu)
saya kongsikan satu video short seminar dari Milan Doshi diambil semasa sesi preview dia.
4 ulasan:
so...adakah ini bermakna buble is going to burst ??? hihihi...
tak semestinya...
yang pasal no mortgage tu die ade ckp tak kak
syahrir, ada.. pasal lease option. speaker nya John Lee. dia pelik sket la.. janji nak beli lagi let say 3 tahun. semantar tu kita sewa dulu rumah tu. then bila dkt nak 3 thn, kita cari buyer utk property tu dgn harga baru yg dah naik. so penjual tu terus transfer ke buyer baru. kita makan atas angin
Catat Ulasan