
Blogger ctfarazila emel saya pagi-pagi Khamis.
Katanya dia dapat dua tiket free pergi WOrkshop LVG MOneySkool yang berharga rm90.
dia cuma perlu bayar rm10 untuk sorang.
wahh.. hebat hebat...
Yang paling best sebab dia ajak saya pegi... hehehehe..
saya apa lagi.. menarik tertarik!
Workshop ni cuma 4 jam
tapi saya dapati Nazril Idrus berusaha menyampaikan sebanyak yang mungkin dalam 4 jam yang terhad ini.
Kami disediakan dengan satu workbook.
Terdapat beberapa exercise yang perlu dilakukan sambil mendengar talk dia.
Workbook tu juga untuk menyalin nota.
Isi kandungan workshop ini lebih kepada psikologi kita terhadap wang dan habit kita terhadap pengurusan wang.
Ada ujian personaliti iaitu money dynamic profiling test yang peru kami jawab dalam masa yang sangat pendek.
Dari jawapan ujian itu, semua peserta boleh dikategorikan kepada 4 identiti wang sama ada fun lover, money hoarder, idealists atau star builder.
Dari situ kita kenalpasti kelemahan dan kebaikan identiti kita dan bagaimana nak menjadi money dynamic iaitu menyerap nilai positiv identiti lain ke dalam diri kita untuk seimbangkan identiti kita sendiri.
Supaya kita tak menjadi ekstreme di dalam identiti kita tu.
Nazril Idrus has done a very great job yesterday.
Saya sangat mencadangkan anda menghadiri sesi ini di lain masa
2 ulasan:
ni bukan ke husben sazzy falak ke?
haah, suami sazzy falak.. huhu.. sungguh hensem
Catat Ulasan