08 Ogos 2011

kalah bid unit pejabat


Sabtu lepas, saya menghadiri Property Investment Convention 2011 di MidValley.
nanti saya cerita detail tentang konvensyen ni.

Tapi pada yang sama, saya wakilkan ijam, suami Fara pergi bid.
hahahaha... kalah... hahahaha....

Hari jumaat sebelum tu la saya ternampak satu unit utk dilelong.
Pejabat.
Tingkat 1 betul2 belakang Tesco Puchong.
Reserve proce 100K sahaja.
Maintenance, quit rent tertunggak semua bank akan tanggung.
Strata title dah keluar.
Market value katanya dalam 200k - 250K.

Teghari jumaat tu, saya pergi melawat.
Unit kosong.
Satu row dengan pejabat tu, hanya ada 2 unit sahaja yang kosong selain unit ni.
Cayalah.. memang cantik habis.
hm... handphone saya masa tu masih bertapa dalam tong beras, jadi tak dapatlah tangkap gambar.

dek kerana kekangan bajet, saya set maksima bid tak tinggi.
ye lah.. unit komersial ni loan 80% je..

Katanya ada 9 pembida hari tu untuk kedai tu..
hangat hangat...
Akhirnya pejabat dimenangi pada harga rm154K
hm.. masih harga yang berbaloi

3 ulasan:

Haruki berkata...

Gambatte eun-yong, don't give up. Rezeki di property lain.

sitiezahim berkata...

I bid kat ebay je la..tuh aje yg mampu sob sob sob

Rohaniah Noor berkata...

haruki. I guess auction is for me yet. its ok, i still have subsale and under construction which i did earlier.

sitie, hahaha... tu pun bid jugak. cuma takde rumah la kat ebay.. hahaha