31 Ogos 2011

Hey, selamat hari kemerdekaaan

Ramai orang sibuk dengan ucapan hari raya.
Padahal 31 ogos adalah hari kemerdekaan kita.
Terlupa atau buat-buat lupa?
hm...





Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Semua!
Jalur putih - merah, biru dan bulan bintang kuning
maknanya: 14 buah negeri, perpaduan, agama Islam dan Raja- perkara yang perlu sama2 kita pertahankan.
hm.. nampaknya agama dan perpaduan menjadi isu hangat sekarang kan...
Tapi jika perpaduan dalam erti kata sebenar dapat dicapai, sudah pasti perkara lain dapat kiota selesaikan dengan baik.
Duduk semeja dan cari jalan tengah yang menang-menang.

Sudah lama kita diperintah di bawah dasar pecah dan perintah.
selepas merdeka pun nampaknya dasar ini masih wujud tanpa kita sedari.
Harapan saya semoga perubahan positif berlaku di dalam negara kita supaya asimilasi yang sebenar akan terjadi di dalam perpaduan rakyat.
Semoga kita semua saling hormat menghormati dan prihatin dengan adat, budaya dan kesusahan yang lain.
Semoga tiada satu rakyat pun terasa mereka dikecualikan atau dipinggirkan dan semua mempunyai hak yang sama yang telah digariskan di dalam perlembagaan.
hm.. ya.. semoga haiwan juga mempunyai hak yang sama untuk hidup aman di bumi tercinta ini.

Semoga doa dan hasrat saya ini akan termakbul.

Selamat Hari Merdeka!