04 Ogos 2011

duit sewa terakhir

sebagai tuan rumah, sudah pasti kita rasa sayang bila penyewa yang baik kita nak berpindah.
saya pernah mengalaminya sebelum ini.
kini penyewa rumah member saya di unipark yang saya jaga pula dah nak pindah keluar.
beliau akan menamatkan pengajian master beliau di uniten dan akan pulang semula ke negaranya.

sedih juga sebab
- beliau penyewa yang baik. bayar sewa tak pernah miss cuma saya kena pergi collect by hand dari dia setiap bulan.
- tak cerewet. malah beliau sangat bagus menjaga rumah tersebut sehinggalah penyewa bilik kedua datang dan kurang menjaga rumah.. baru lah keadaan rumah itu nampak macam penyewa lelaki duduk.
- kami jadi kawan. selalu juga saya lepak2 makan dengan dia sambil borak2. dia ni bagus.. pemikirannya matang. tajuk perbualan sama ada pasal politik atau sosial di US, negara arab, canada, pakistan atau beberapa negara lain yang beliau pernah lawati. pernah juga bawak dier jalan2 melaka dan pergi rafting bersama saya dan kawan2.
- sangat professional dan menghormati tuan rumah dan saya selaku penjaga rumah.

tadi baru balik dari mengutip sewa terakhir dari dia.
hujung bulan ni dah kena pulangkan deposit sewa dia tapi ada kawan dia nak teruskan sewaan master room tu.
alhamdulillah...

katanya kalau dia tak dapat kerja dlm bulan 9 ni di negaranya, mungkin dlm bulan 10 atau 11 dia datang semula untuk siapkan research paper.
dia akan datang lepak bilik yang sama yang kawan dia sambung sewa tu lah..
tapi kalau dia dapat kerja, mungkin dia siapkan research tu di negara dia sahaja dan hanya datang ke sini beberapa hari untuk submit paper tu.
dia akan cuma sewa hotel di bangi sahaja.. macam masa mula2 dia datang malaysia dulu.

apa pun, selamat berjaya kawan.
terima kasih dari saya dan kawan saya kerana menjadi penyewa yang baik dan menjaga rumah dan bilik tersebut dengan baik.



6 ulasan:

sitiezahim berkata...

huhuhu syedey...

Rohaniah Noor berkata...

tu lah.. huhuhu... lepas ni kena cari geng rafting lain pulak la...

www.tuanbri.com berkata...

kawan datang dan pergi.

sahabat bersama selamanya
(tuanbri, 2011)

sari berkata...

Harap dapat yg lebihh baik lagi

Haruki berkata...

Very good saying, Tuanbri.

Rohaniah Noor berkata...

bri, wow.. siap dgn dalam kurungan lagi.. hehehe...terima kasih.. cuma kawan satu kepala ni sayang juga kan.. nak kena cari geng rafting baru.. uhuhu...

sari, ye harapnya penggantinya juga penyewa yang baik,,

haruki, tuan bri berfalsafah pula kan..