Pagi ni saya baru menamatkan satu lagi larian.
Kali ni 7 km sahaja.. ntv7 feel good run.
bertempat di Damansara Utama, dekat dengan Sri Pentas.
alhamdulillah.. larian berjaya ditamatkan dalam masa 56 minit 32 saat.
yang menariknya larian kali ni kami diberikan bib kosong. takde nombor.
yang ada hanya column untuk kami tulis apa2 sahaja mesej kami untuk disampaikan di dalam larian ini.
Apa lagi, saya pun tulislah mesej saya yang memang saya sangat sokong selama ini.
"SAVE THE TURTLES NOW"
Hm... kalau ada yang pernah ingat, saya pernah menulis tentang kempen mengutip tandatangan untuk petition SAVE THE TURTLES NOW dulu
petition ni dianjurkan oleh WWF.
rupanya saya tidak berseorangan di dalam menyampaikan mesej cintakan haiwan terancam.
seorang rakan baru yang saya kenali hari ini menyampaikan mesej yang sama tema.
"STOP THE ILLEGAL PANGOLIN TRADE"
Betul mesej yang dia sampaikan ni.
Akhir-akhir ni banyak kes penyeludupan tenggiling berlaku.
mereka tangkap tenggiling dan jual secara haram untuk dijadikan makanan eksotik.
Sedangkan tenggiling adalah haiwan terpelihara dan terancam.
Tidak cukupkan ayam, lembu, itik dan kambing untuk dijadikan lauk?
Manusia yang tamak...
sedang berlari, tiba2 terfikir satu lagi perkara
ada banyak larian besar2an yg disertai oleh beratus2 ribu orang
contohnya seperti kl marathon, bareno run, feel good run, adidas king of the road, penang marathon dan lain-lain lagi
Semua acara ini bertujuan untuk menyokong sukan dan ke arah gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia.
Tiada masalah di dalam penganjurannya.
Sedangkan larian pun menyebabkan kesesakan lalulintas dan ia selalu diadakan di kawasan komersial dan pusat bandar.. di kawasan kedai2.
polis boleh bantu jaga lalulintas, boleh tutup sementara beberapa jalan yg nak digunakan dan boleh ada ambulans utk kecemasan.
Tapi kenapa perhimpunan BERSIH untuk menyatakan suara rakyat ke arah pilihanraya yg lebih baik diharamkan dan dipropaganda habis2an?
Kenapa polis tidak mahu menjaga lalulintas ?
sebaliknya polis mengganggu lalulintas dengan membuat road block di mana2 wpun di luar pusat bandar, di luar KL hatta di JB sekalipun?
bila ada road block, 3 lorong sengaja ditutup menjadi satu lorong..
2 minggu lepas saya ke JB, jalan di Skudai pun dah dibuat road block 24 jam..
semata2 sebab BERSIH.
hm...
heran juga ye sebab kalau nak mencari orang jahat, takde pulak polis bersungguh2 begini.
Perhimpunan jalanan di Malaysia telah bermula sejak orang Melayu menentang Malayan Union lagi.
Ia tidak bercanggah dengan Hak Asasi Manusia.
Ia juga tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Maka sepatutnya pihak polis membantu sebagaimana mereka membantu larian-larian ini.
hm.. ini pendapat saya.
anda mungkin ada pendapat dan mesej anda sendiri.
apa pun yang anda usahakan dan perjuangkan, masalah dan cabaran tetap ada.
Hanya bagaimana anda menanganinya yang memberikan kesan kepada diri anda dan masyarakat.
Trouble is a friend :)
7 ulasan:
itulah kengkadang benda yg baik nampak tak baik kerana benda2 sampingan ni la..
tu lah masalahnya... perkara yg boleh diminimumkan kesusahannya jd maksimum sbb polis sdr yg menyebabkan ia berlaku.
Congrats Eun-yong on completing your Feel Good run and also your environmental message!
haruki, thank you. more runnings and environmental message in the future.. they are all coming...
:)
mcm mana nk masuk larian ni.. adui,terlepas lg.. br igt nak join.
aslam, ada byk cara nak tahu event larian. sama ada follow marathonshop FB, pegi ke laman web marathonshop http://www.themarathonshop.com.my/live/
atau boleh follow blog kawan saya http://runwitme.blogspot.com/
boleh tgk juga di http://www.hoohasia.com/
tp kadang2 saya member2 bgtau kalau ada larian baru.
takpun masa satu2 larian tu, akan ada org edar borang utk next event pula. mcm td ada org edar borang larian di klang september ni.
larian ni kena register awal. biasa kami register 3 bulan atau paling lewat sebulan sebelum event. tp sebulan tu berisiko sket la takut dah penuh atau harga early bird dah habis.
ada satu event ni rasanya masih buka registration
http://www.facebook.com/event.php?eid=193835133970726
ok..hooha..
Catat Ulasan