05 Julai 2011

Kak As tengok Apartment Damai

Saya di Ipoh, ada hal kerja di sini.
Sementara menunggu tamat waktu rehat tengahari, saya update blog sekejap.
Sambung kisah Kak AS.
Kisah lama baca di sini

Sebenarnya kisah Kak As yang saya tulis di sini dah berlaku beberapa minggu dahulu.
Terlambat bercerita sebab kekangan masa,
Jadi, kalau kawan2 minta kami buat itu ini, memang tak boleh ubah la dah sebab benda ni dah berlaku.

Ok, sambung... lepas tengok Mandarina Court, Kak As dan saya pergi ke Apartment Damai di Bandar Sunway.
Bertentangan dengan Sunway Pyramid, tak jauh dari Mentari Court.
Harga jual yg ditawarkan adalah rm75K tapi agent tu kata boleh kurangkan harga jadi 70K
sewa kat situ dlm rm500.
rental yield yg bagus.
berdasarkan sewa 500 pada harga 75k, rental yield adalah 8%.





Penyewa tu dah lama duduk situ.
Masa kami jumpa, penyewa tu cakap macam2 tentang keburukan apartment tu.
sampah banyak tak terjaga.. management problem.. lif selalu rosak..
sampai kami syak, penyewa ni tak mau kami beli ke apa?
memang masa mula2 kami dtg tu dia terkejut bila tau kami nak beli.
sibuk tanya2 berapa harga nak jual.
dia kata dulu dia pernah rasa nak beli tp tak jadi sebab nak simpan duit beli mentari court.
lebih besar lebih selesa.
tapi sebab rumah mak dia kat situ juga, so dia masih menyewa di situ lah.

hm.. ye lah tu.. saja nak provoke kami tak bagi kami beli.. hehehehe

Tapi kak as memang kurang berpuas hati dengan apartment ni.
memang nampak kurang bersih la..
saya tak kisah, boleh survey apartment lain dulu.



Kak as bgtau agent, nnt dia bgtau balik jadi beli ke tak.
then kami gerak ke appointment seterusnya pula...
jalan-jalan cari rumah... :)

(kenapa kami tak gi survey mentari court? pada masa cerita ini berlaku, kak as tak jumpa iklan mentari court for sale dengan harga yang baik.. )

9 ulasan:

Faezah berkata...

Damai Apartment..hmm..saya ada satu unit kat situ..tapi bak kata penyewa kat situ, mmg betul la, environment teruk skit..tapi demand still tinggi..kalo melayu mungkin tak selesa skit, kalo indon ramai yg nk sewa..apapun skang sy bg agent jaga umah tu..

renza razali berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
renza razali berkata...

salam-kalo kak as & mentornya nak tgk mentari court, bolehlah kita berhubung

renza859@yahoo.com

Rohaniah Noor berkata...

renza, terima kasih atas makluman. spt yg saya maklumkan, cerita ni dah berlaku beberapa minggu lepas.
kak as dah dapat rumah dah pun sekarang ni. tp kalau ada org lain nak dptkan rumah di mentari court di masa depan, boleh lah contact renza ye.. mana tau renza boleh dapatkan rumah yg 80% below market value.

Rohaniah Noor berkata...

faezah, haah.. mmg banyak indon. lift 2 je utk bangunan tinggi mcmtu. sesak gak la..

YUSLI MUSTAFFA berkata...

Sept 2014 hg rm110k ok tak

YUSLI MUSTAFFA berkata...

Sewa 650

Diana berkata...

Agen call ada 1 unit level 15, (rasanya), owner nak let go at 90K. Sewa boleh fetch RM700-800. Any advice?

Unknown berkata...

ada x untuk sewa rumah yg murah di mentari courts atau apartment damai