Isnin malam selasa saya tertidur awal.
sangat awal.
Pukul 1.00 pagi terbangun.
Bila buka facebook, saya terkejut bila mendengar berita pemergian Allahyarhamah Dr Lo' Lo', MP Titiwangsa.
Memang sejak minggu lepas saya dengar berita beliau sakit dan sedang menjalani rawatan akibat barah.
tak sangka.. belum tamat satu penggal perkhidmatan arwah sebagai ahli parlimen, arwah telah pun meninggalkan seluruh ahli keluarganya, penduduk di bawah kawasan parlimen Titiwangsa dan kita semua.
Selasa pagi2 tu saya berusaha meluangkan sedikit masa melawat pengkebumian jenazahnya.
Subhanallah... jalan Datuk Keramat sampai jam.
masa saya sampai, orang dah nak sembahyangkan jenazah dah.
memang ramai yang datang dan menyembahyangkannya, baik lelaki dan perempuan.
saya jangka mesti lebih seribu orang ni
rupanya lebih kurang dua ribu orang..
masya allah.. ini lah tanda2 orang yang disayangi Allah..
memang saya tak pernah bersua muka dengan arwah
apatah lagi berbual dengannya.. memang tidak kenal dia secara personally pun.
tapi saya mengikuti perkembangan beliau melalui media.
entah kenapa saya mengagumi arwah.. dari segi kebijaksanaannya, ketabahannya, keperihatinannya sebagai ahli parlimen dan sikap arwah yang berani memperjuangkan hak dan ajaran islam yang sebenar tetapi tawaduk kepada Yang Maha Pencipta.
Saya antara beribu orang di luar sana yang bersorak gembira tatkala mendengar keputusan kemenangan arwah semasa pilihanraya umum tempoh hari...
Walaupun tidak pernah bersua, namun semangat beliau saya tetap kenang.
Syukur saya diberi peluang juga melawat jenazah arwah, membacakan surah Yasin dan mengiringi arwah ke kubur bersama 2 ribu orang lain.
orang ramai berpusu2 mengiringi ke kubur
5 ulasan:
Alhamdulillah...
Saya tidak berkesempatan untuk bersama mengiringi beliau..
Insya Allah beliau ke Syurga.
Saya hanya dapat membuat satu posting sahaja utk beliau.
Penghormatan Terakhir
Alfatihah
bri, insya allah... kita doakan beliau dan sedekahkan alfatihah...
kenepa ada bunga yg samy vellu selalu pakai
matjoe, tak pasti la bunga tu saper letak. sebab aku leh tangkap gambar ni pun lepas semua org dah balik. singgah jap utk tangkap gambar odw sebelumbalik. masa kebumi tu orang penuh.. mmg tak nampak apa2
tuh la semoga Allayarhamah berada dlm golongan yg disayangi Allah..Al Fatihah
Catat Ulasan