Ahad lepas saya menyertai satu lagi larian 10 km.
Kali ni acara tahunan yang sungguh terkenal, Standard Chartered KL Marathon 2011.
Wow.. ada 2 perkara best kali ini.
Pertama, vest yang dibekalkan kali ni berwarna hijau.
Berbanding tahun lepas warna putih.
Saya suka hijau. Hijau warna kegemaran saya.
Maka saya sangat gembira bila melihat pelari-pelari berbaju hijau memenuhi jalanraya track larian kami.
Bagi saya. saya nampak ia sebagai simbol ke arah menghijaukan bumi.. wahh...
Kedua, walaupun saya suka vest hijau tu tapi saya tak pakai vest saya sendiri.
Sebab?
hehehehe.....
Sebab kali ni saya nak rasmikan running shirt baru warna merah hadiah hari lahir dari adik saya.
wahhh....
sebenarnya dah lama saya nak beli running shirt lengan panjang.
Jauh better dari pakai vest ala2 singlet yg penganjur beri.
sebab kalau pakai vest tu, saya kena pakai inner kan.
saya kan wanita melayu sopan.. wanita melayu terakhir.. ehem ehem...
Jadi kalau ada running shirt lengan panjang, saya boleh pakai running shirt tu je.
Tapi di Malaysia mahal lah harganya dan susah nak jumpa.
Saya pernah jumpa di Suria KLCC.. harganya cukup untuk membeliakkan biji mata saya yg sepet ni.
Powerbar ada jual juga di booth mereka semasa race kit collection day tapi warna yg ada hitam sahaja..
ala.. bosan la pulak kan hitam.. hm..mungkin saya bukan peminat warna hitam.
Jadi bila adik saya beri hadiah running shirt baru warna merah dari Germany, sangat lah saya gembira,
Alhamdulillah.. syukur.. boleh pakai running shirt ni bila masuk larian :)
running shirt merah :)
satu lagi hadiah birthday yg sangat istimewa.. it is in green!
Seperti yang saya pernah tulis satu masa dulu, larian ini ibarat perjalanan kita dalam membina kebebasan kewangan dan dalam pelaburan hartanah kita.
Walaupun saya berlari dalam ramai-ramai orang tu, sebenarnya saya tak berlumba dengan mereka.
Ini bukan awak no1, saya no2... bukan!
ini soal adakah saya berjaya sampai ke garisan penamat?
Berapa pula catatatan masa saya kali ni? adakah cepat atau lambat?
adakah ada peningkatan, mendatar atau prestasi menurun kerana kurang bersedia?
Kita berlari ikut kemampuan diri.. yang refleks dari sejauh mana kita membuat persiapan dan tahap stamina kita.
Jika persediaan dan stamina bagus, larian kita akan bertambah baik.
kita akan dapat tamatkan larian dengan baik.
Jika tidak membuat persediaan yang sepatutnya, mungkin larian kita tersangkut-sangkut.. dan sangat perlahan.
Jangan lupa, ramai juga yang langsung tak berani mengambil cabaran ini dan hanya menjadi penonton..
sama ada penonton di tepi garis permulaan dan penamat
atau penonton yang membaca berita di suratkhabar di rumah sahaja.
Itulah perumpamaannya.
Apa pun, saya sangat gembira ada running shirt baru
saya sangat gembira dpt menamatkan larian ini dengan berjaya
Begitu juga kawan lari saya, chan... tahniah!
My lucky no 6. Saya suka no 6 ;)
2 ulasan:
heheheh cantik kan baju tu..sitie pon sukeee...
sitie, sangat cantik. sesuai dgn I yg comel nih.. hehehehe.. terima kasih daun keladi... hehehehe
Catat Ulasan