09 Jun 2011

Inflasi: mampukah kita menghadapinya?

Akhir-akhir ni inflasi makin meningkat.
harga petrol naik.
harga gula naik.
harga gas memasak naik.
Tarif elektrik naik.
Yang terbaru yuran astro pun nak naik.

Bila kos bahan asas naik, dah tentu kos pengeluaran meningkat.
bila kos meningkat, si peniaga atau pengeluar barangan dah tentu terpaksa menaikkan harga bagi mengimbangi semula keuntungan jualan.
ini normal.
Peninaga dan pengeluar kan nak hidup. mereka terpaksa menaikkan harga.
kalau kerajaan pun tak nak buat kebajikan dan mengenakan kenaikan harga, takkan peniaga dan pengeluar yang pendapatan mereka terhad pulak nak buat kebajikan.
harus diingat, mereka juga pengguna.
mereka pun terasa sakit kenaikan harga barang oleh peniaga dan pengeluar lain.
maka mereka tidak ada pilihan, terpaksa lah naikkan harga barang yg mereka jual atau yg mereka keluarkan.
simple. semuanya nak hidup dalam keadaan eokonomi negara begini.

Saya tidak terkecuali terkena tempias.


Teh Boh Sri Songket kegemaran saya. Tahun 2007 harga satu tin ini cuma RM11.90 di carrefour. Tahun 2011 dah jadi RM15.40
kenaikan sebanyak 29% dalam 4 tahun atau purata 7.25% setahun.




Majalah iProperty yang saya beli setiap bulan.
Keluaran Januari 2011 masih lagi RM5.00
keluaran April tiba-tiba naik menjadi RM 8.00
tebal muka surat sama.
kenaikan sebanyak RM3.00 atau 60%.




Ini pula kebab yang saya selalu beli di pasar malam.
Minggu lepas satu unit kebab pita berharga RM 2.80
minggu ni harga dah naik jadi Rm3.00
kenaikan sebanyak 7%.

Soalnya, dengan gaji kita yang tidak berubah, mampukah kita menyerap kenaikan inflasi 7% - 60% seperti yang saya tunjukkan ini?

Yang saya herannya, mengapa kerajaan kita sibuk mencanangkan yang mereka menanggung kenaikan BEBAN subsidi petrol.
Bukankah BEBAN yang mereka tanggung tu duit kita sendiri
dan kerajaan memang patut memulangkannya kepada kita semula dengan cara yang adil dan menyeluruh?
bagaimana pula dengan berjuta-juta wang kerajaan tiba-tiba dicanangkan untuk projek tertentu di kawasan-kawasan yang ada pilihanraya kecil sebelum ni?
ada mereka kira berapa BEBAN kos projek yang mereka luluskan on the spot semasa berceramah bagi memastikan mereka menang pilihanraya?

Tuhan ciptakan kita akal untuk berfikir...

Ini bukan artikel politik tapi cuma luahan hati seorang rakyat biasa.

Pesanan penaja: bagi mereka yang nak memulakan perjalanan pelaburan hartanah anda sendiri atau mmg dah memulakannya tapi percaya pada lifelong learning, dijemput menghadiri sharing session oleh Property & Co pada 9 dan 10 Julai ini. Layari di sini utk maklumat lanjut.



5 ulasan:

sitiezahim berkata...

100% agreed..:D

Faezah berkata...

ya betul..yg terbeban adalah rakyat..bila ada kenaikan, selalu compare dgn negara lain dimana Malaysia masih rendah kenaikannyaa..hmm..alasan yg sama berulang kali..for your info setiap kali pilihanraya kecil diadakan, TAK KURANG RM5juta diperuntukkan untuk segala macam 'benda'..tu belum General Election lagiik..

Rohaniah Noor berkata...

sitie, kan... kat jerman ada juga jaket 1 euro time sale.. sini?

faezah, tu je la modal mereka. compare harga minyak dgn UK. gaji kita tak compare dgn UK pulak?

sitiezahim berkata...

sebenanye barang kat german pon naik jugak, tp kalu derang gunakan alasan minyak naik logik jugak sbb sini bkn pengeluar minyak..Merc aje la belambak2 sampai bas, teksi pon brand tuh..hihihi

Rohaniah Noor berkata...

ye la..jerman bukan pengeluar minyak. kena beli minyak dr orang.. so kit afaham la kalau harga naik sbb harga minyak dunia naik. ni minyak kita ada kat trganu, kelantan dan sarawak. malangnay negeri2 ini pun bukan negeri paling kaya di malaysia... macamana?