10 Jun 2011

Ilham Apartment: destinasi kedua



Kisah Kak As bersambung lagi...

Selepas kak as terkejut yang rumah di Apartment Sri Tanjung dah dijual, kami pun bergerak keluarlah dari situ.
Solat Asar kejap di surau berhampiran. Kemudian makan dan gerak ke TTDI Shah Alam.
Solat maghrib pula di Petronas TTDI.
hm.. surau petronas tu salah satu port saya berhenti solat dan beli milo kotak dan roti ikan bilis gardenia.
sebab ex-officemate saya ada satu rumah di sini.
beliau pernah minta saya bersihkan rumah, baiki apa yg patut supaya rumah tu jadi kemas dan cantik semula untuk cari penyewa baru.
Selepas penyewa sebelumnya keluar, memang kena bersihkan dan touch up sikit.

so sekarang ni dia nak jual rumah dia.
tu yang saya nak bawak kak as tengok rumah ni,
Bagi saya, ilham apartment adalah good investment kalau kena dgn harganya.
apartment ni sangat hampir dengan PTPL, MSU kampus baru, Giant seksyen 13, Glenmarie dan Politeknik.
so target tenant mmg student dan pekerja di Glemnarie dan sekitar Sekeyen 13, U1 dan Subang Hi-Com.

Kawan saya nak jual rm130K. not a very good price.
tapi kalau kak as berminat nak beli, mungkin boleh nego.
memandangkan kak as pun takde appointment rumah lain dan dia tak pernah tgk ilham apartment ni, saya bawa dia view rumah ni.

Rumah masih lagi penyewa yang sama dgn yang saya carikan dulu cuma ketua rumah dah berubah.
penyewa lelaki kan.. aduhh.. tgk keadaan rumah kotor.
jauh berbeza berbanding yang saya bersihkan dulu.
terutama tandas. macam tak pernah berus je lantai dan tepi mangkuk tandas tu..
aduh.. so kalau kawan2 menyewakan rumah pada org bujang lelaki, memang kena jangka lah keadaan rumah jadi macamni.
:(
hm.. kebanyakan lelaki ni sinionim sgt dgn kotor ke eh? .. ok.. berbau genderisme... :)

sewa sini thn lepas dlm rm650 - 700.
tahun ni dah naik dlm 750 - 800 untuk unit kosong.

so, katalah kalau kak as dpt beli dgn harga rm125k
Rental yield = (800 x 12 x 100 ) / 125,000 = 7.68%
quite good.
sebab bila MSU tu betul2 siap dan ramai student nanti, sewa di sini mesti akan naik lagi.

rumah ni freehold. kebanyakan unit di sini dah ada individual strata title.

keluasan 700++ sqft. 3 bilik tidur 2 bilik air.
tapi design layout rumah ni memanjang ke tepi dan takde balkoni menyebabkan ia nampak sempit.
kak as pun komplen.. kecik la rumah ni...
hehehe... sebearnya besar juga.. cuma tu lah.. layout dia.
ruang tamu dia nampak sempit dan bilik pula tersorok ke tepi.


Tapi saya tgk kak as blur lah dgn potensi rumah ni.
dia view dan blurr
mungkin sebab dia belum sedar potensi kawasan ni kan sebab ni 1st time dia masuk TTDI shah alam ni.


lepas view dah pukul 9.30 malam.
kak as belanja saya makan sebelum balik. dah tak ingat apa ntah menu aritu.. hehehe
terima kasih kak as kerana belanja makan.
:)

Tiada ulasan: