05 Mei 2011

Semester telah tamat... exam dan berakhir

Alhamdulillah... ptg tadi peperiksaan akhir utk sem ini bagi saya dan pun tamat...
pukul 2.15 - 5.15 merupakan paper terakhir...

alhamdulillah.. berkat doa kawan2, keluarga.. peperiksaan berjaya diharungi. lulus ke tak semua subjek tu belakang kira... hehehehe

mulai esok, cuti semester akan bermula... tapi kali ni istimewa sedikit.
oleh kerana kementerian nak menyelaras jadual semester IPT di malaysia sama dgn di luar negara, maka semester seterusnya akan bermula pada september, bukan hujung jun atau awal julai seperti tahun2 lepas.
ini bermakna cuti semester akan menjadi 4 bulan.. wahhhh...
macam2 boleh buat ni dlm masa cuti sem ni...

hm.. sepanjang saya sibuk dgn peperiksaan, lama juga tak update blog.
entri property virgin may 2011 yg update semalam tu sebenarnya adalah scheduled entry...
dah masukkan lama dah tp sengaja set supaya dia appear semasa tarikh hari lahir adik saya semalam.
terima kasih kepada dia sudi berkongsi cerita.
rasanya ni artikel pertama oleh keluarga saya sendiri kan...

rupanya hari ni kadar OPR bank negara dah naik eh...
saya pun dpt tahu dr blog tuanbri tadi.
ya lah.. study je sampai terlupa nak tgk berita.

hm.. biasanya kalau OPR naik ni, bank terawal yg akan naikkan BLR adalah maybank.
tak tahu lah kali ni macamana...mari kita tgk... hehehe

utk saya dan kawan2 yg mempunyai pinjaman perumahan secara fluctuate ni.. hmm letih juga kalau BLR naik sebab cashflow kita berkurangan.
takkan setiap kali BLR naik kita pun nak naikkan sewa kan.... huhuhu...
tp inilah asam garam pelaburan hartanah.
itu sebabnya jgn beli property utk pulangan sewa kalau harga sewa semasa di situ tu cukup2 je utk cover bayaran bank. biarlah ada lebihan byk sikit.
kalau rental yield 8% atau sekurang2nya hampir 8% , margin cashflow tu lebih lah sedikit...

bukannya apa.. takut kalau sewa cukup2 cover bayaran bulanan ke bank, nanti bila BLR naik, bukan ke dah negative cashflow?
sedangkan kita beli apartment tu utk pulangan sewa..
kan dah jauh tersasar tu..

hm.. mlm ni kepala masih letih tak boleh menulis panjang.

rasa nak share satu lagu di sini.. buat hiburan pembaca yg sudi mendengar.
Lagu kegemaran saya dendangan Glen Fredly, bertajuk Aku.
tp ni versi live unplugged.
lagu ni mengingatkan saya pada kenangan lama mendengar lagu ni di walkman sambil membantu mak menoreh di ladang dulu



hehehe.... kalau nak dengar bagaimana muzik waltz diadaptasi dlm lagu hindi, boleh dengar kat tepi sebelah kanan blog ni... lagu dari filem Om Shanti Om bertajuk Main Agar Kahoon.
hehehehe... muzik waltz mmg menenangkan saya.

Tiada ulasan: