
saya sangat kalut kalau pertengahan mac hingga tamat peperiksaan awal mei.
biasanya masa inilah banyak assignment, test dan kelas ganti juga.
hinggakan sabtu ahad pun ada kelas. mlm pulak kena siapkan assignment sebab nak kejar dateline.
beginilah setiap tahun.
maka, adakah saya mempunyai alasan yang kukuh untuk lambat menyiapkan key in e-filing? hehehehe...
isnin lepas penat2 lepas habis exam saya gagahi diri ke bank alrajhi dan alliance utk mendapatkan statement bank.. nak tahu berapa interest rate atau dlm istilah islamic banking, profit rate yg bank dapat utk bayaran pinjaman saya tu.
tujuannya, untuk perkiraan pendapatan sewa di dalam taksiran cukai pendapatan.
Dari duit sewa yg kita dapat, kita boleh tolak interest, maintenance fee, kos pembaikan, cukai pintu, cukai tanah dan insurans ke atas hartanah tersebut.
kos ubahsuai tak termasuk ye...
baiki pintu boleh claim.. tukar pintu cantik tak boleh claim.. hehehehe
Saya pergi ke alrajhi, pegawai di alrajhi kajang terpinga2.
setelah bertanya pegawai senior (manager kot), barulah pegawai tu printkan satu surat mintak saya isi dan sign.
surat tu adalah utk mohon pihak ibu pejabat meerka buat kiraan tu dan bg penyata kepada saya.
saya tanya la.. bila boleh dapat ni..
dia cakap, "nanti saya call puan ye... saya pun tak pasti sebab jarang2 kami buat penyata ni..."
pelik saya, jarang2 orang minta?
hm..
adakah saya yg silap? seingat saya mmg alrajhi tak pernah hantar statement begitu kepada saya. yang mereka hantar hanyalah statement akaun simpanan saya yg ada tertera jumlah auto debit bayaran rumah tu.
tu sahaja..
berapa banyak interest, berapa banyak prinsipal dah dibayar mmg tak ada.
then saya ke alliance bank, kajang.
jumpa customer service dia.
dia boleh keluarkan report ini tapi sekali dgn detail transaction saya.
oleh kerana pinjaman tu flexi dan daily rest so setiap hari ada transaction kan.
bayangkan ada 40 page semuanya.. takkan nak print 40 page tu.
dia kata tak boleh tarik laporan ringkas sebab loan saya tu cawangan puchong, bukan cawangan kajang.
owh begitu.
Baik hati dia, dia cuba call cawangan puchong minta cawangan puchong jana laporan rtingkasan tu.
tapi tunggu punya tunggu lama sungguh report belum sampai.
saya dah la letih balik dari exam kan.. rasa nak terlelap dah kat kerusi tu.
nasib baik boleh main facebook kat handphone guna facebook zero.. free... hehehe.. tu yg sayang kat digi ni.. hehehehe
last2 pegawai cust service tu kesian agaknya tgk muka saya yg terjelepok kat kerusi tepi dia tu, dier copy paste dari report tu masukkan ke satu fail. baiknya....
kemudian dia printkan untuk saya.
Jadi, boleh nampak la setiap bulan berapa profit yang bank caj ke atas saya. saya cuma perlu jumlahkan sendiri sahaja.. itu tak menjadi masalah..
Kesimpulannya hari tu saya pergi 2 bank, tapi berjaya dapat penyata faedah utk satu bank sahaja... huhuhuhu...
(psssttt pssssttt.. esok saya jumpa kak Fran... heheheheheh)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan