
Hari ini saya tak mahu bercerita pasal property.
Saya nak menulis tentang kakak kesayangan saya, Francissca Peter.
(hehehe... rasanya mmg dah obvious kan dia la topik tak berkaitan hartanah yg menembusi blog ni... hehehehe)
Sebenarnya saya sangat berbangga sebab kak Fran dipilih oleh sebuah hotel terkemuka iaitu Hotel JW Marriott untuk membuat persembahan sempena Minggu Setiausaha.
Tarikh persembahan adalah pada 28 dan 29 April ini.. lebih kurang 2 minggu dari sekarang.
Kak Fran akan membuat persembahan selama sejam setengah dengan mendendangkan lagu2 popularnya dan beberapa lagu inggeris.
Ye lah... orang lain pun perform juga kan sempena Minggu Setiausaha ni..
tapi bagai saya show Kak Fran ni berbeza kerana ia menunjukkan penyanyi yang telah 33 tahun menceburkan diri dalam bidang seni ni masih berbisa. Jika tidak, pasti JW Mariott tidak memilihnya.
Adakah beliau akan menyanyikan lagu jazz kali ni? hm... saya pun tak pasti...
tapi penyanyi lagu balada melayu ni sebenarnya sangat meminati jazz dan membuat persembahan jazz di luar negara. Maka kita boleh lihat Kak Fran ada beberapa kelompok peminat berbeza.
Lagi pula, lihatlah siapa gandingannya pada 2 hari tersebut... Harith Iskander.
Harith Iskander bagi saya adalah comedian terbaik di Malaysia, selain Afdlin Shauki.
Lawaknyer bersahaja tetapi sungguh mencuit hati. Saya pasti siapa yang menonton teater CUCI, Lat the Musical dan menyaksikan Anugerah AIM yang mana dier telah menjadi emcee sangat bersetuju.
Nampaknya show petang itu akan menjadi benar2 menghiburkan sebab comedian dan penyanyi ni mmg mempunyai sense of humor yg boleh menggeletek kita.. hehehehe
Emcee pada persembahan ini adalah Xandria Ooi, bintang online show Going Home with Xandria and Yuri yang saya pernah highlight di sini.
oleh itu, jika anda meminati suara dan aura Francissca Peter atau meminati komedi Harith Iskander, apa kata kita tempah kerusi kita di meja-meja yang ada. Meja dalam dewan tu la ye...
Tak perlu buktikan anda setiausaha.. takde saper nak check.
asalkan kita book dan bayar.. maka semua orang automatik jadi setiausaha utk 2 hari ini.
saya pun confirm bukan setiausaha jugak tapi tetiba lak kan... hehehehe...
Maklumat lanjut boleh baca di
(sila abaikan kesalahan ejaan nama kak fran di situ.. nampanya wartawan pun mcm saya juga.. suka salah taip.. tgn tak bedung namanya... hehehe)
dan boleh klik to attend dan ajak kawan2 juga di FB di link berikut:
Apa pun saya tak sabar nak menikmati suara Kak Fran dengan diiringi makanan yang sedap2 di hotel.. nyummm...
memandangkan pada masa tu saya masih lagi dlm demam exam, show ini akan menjadi tempat saya release tension belajar dan mengumpul kekuatan semula... selain menyokong usaha kakak kesayangan saya ini dalam kerjaya beliau.
Kalau ada pembaca berminat nak tempah tempat utk show ni, boleh call 03 - 2715 9000 atau 03- 2719 8168
atau boleh emel: jwmsecweek@ytlhotels.com.my untuk pertanyaan lanjut.
Untuk makluman anda juga, sabtu baru2 ni kak fran baru je buat satu show kat KL utk persatuan Eurasian Malaysia. Show utk charity kan.. nak mengutip wang sumbangan utk mangsa di Jepun. so kak fran buat show percuma sahaja.. tanpa bayaran. dan ada 2 lagi orang lain buat persembahan juga.. juga secara percuma.
Yang bagus juga, event hari itu berjaya membuat kutipan sebanyak RM20K untuk tabung ini. Hebat lah mereka ni. Tahniah!
Ok, boleh temui kak Francissca Peter di FB-> http://www.facebook.com/pages/Francissca-Peter/141725095841541
Ini pula lokasi JW MArriott di Google Map:
View Larger Map
2 ulasan:
Wau! Peminat setia kak Fran nih!
syahman, yes... peminat yg sangat menyayangi dia... mendoakan dia setiap hari agar dier tetap tabah dan gembira
Catat Ulasan