
sambungan dr entri lepas.
hm.. 2 hari menunggu khabat berita dari alrajhi, memang takde khabar berita.
agak panik juga... akhirnya pagi rabu saya menelefon customer service alrajhi.
mereka kata memang ada terima request dari saya. tapi pihak cust service tak dapat bantu.
sebab perkiraan profit rate ni cuma ibu pejabat je yg boleh buat. mereka je yg boleh keluarkan amaun.
So kena tunggu penyata yg ibu pejabat keluarkan. biasanya mengambil masa 7 hari.
7 hari? terkejut saya...
"tapi saya dah nak kena bayar cukai sebelm 30hb ni puan... macamana? bantulah saya.."
Jadi saya minta juga bantuan pegawai tu... tak salah saya namanya puan dahlia.
saya cakap, "its ok kalau penyata tu ambil masa 7 hari untuk hantar kepada saya. at least, bagilah amaun berapa profit tu dulu.. dpt figure tu je dah ok lah utk saya key in ke dlm e-filing.
Puan Dahlia kata, dia akan cuba, nanti dia telefon semula.
petang dlm pukul 3 puan dahlia telefon saya semula.
dia bgtau dia cuma dapat tolong bg roughly figure sahaja utk sepanjang 2010.
penyata pendapatan tu 7 hari bekerja biasanya mereka ambik masa utk hantar kepada pelanggan... hm...
ok la.. dpt figure dulu pun dah cukup utk isi e-filing.
khamis, saya dpt call dari alrajhi lagi, bagitau yg mereka akan pos penyata tu ke rumah saya...
so slowwwww.... kan?
tp since bank tu dah bagi saya loan, saya tetap bersyukur juga. tak mau la komen lebih2...
so hari ni e-filing dah selesai. bayaran pun saya dah buat.
memandangkan amaun yg saya bayar tu... hm.. nempaknya lepas ni saya akan lebih lantang lagi lah bersuara jika ada projek2 membazir wang pembayar cukai ni oleh pihak2 tertentu... hehehehe