PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 2011 yang berkuatkuasa mulai 2011.
Ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya yang merupakan penambahbaikan dari kaedah lama tawaran pinjaman kerajaan ini.
1) Pinjaman kerajaan ditawarkan utk pembelian rumah lelong yang dilakukan oleh Perbendaharaan Malaysia.
Sila rujuk perkara 3.10 iaitu:
3.10 Pinjaman bagi pembelian hartanah lelongan Perbendaharaan Malaysia adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat di Lampiran A4.
2) Permohonan pinjaman bagi pembelian rumah subsale yang hanya mempunyai master title DIBENARKAN. Rujuk perkara 3.7 iaitu:
3.7 Pinjaman bagi pembelian hartanah yang telah siap di pasaransekunder adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat di Lampiran A2atau Lampiran A3.
3) Tempoh bayaran balik pinjaman dinaikkan.
Kalau pemohon tu pegawai Skim berpencen, tempoh bayaran hingga 360 bulan atau sehingga umur 90 tahun. Rujuk perkara 10.11
10.1.1 Bayaran balik bagi peminjam Skim Berpencen adalah seperti berikut:i. Pinjaman Jenis I, II, III, IV, V dan VII, tidak melebihi 360 bulan atau tidak melebihi umur 90 tahun yang mana terdahulu; danii. Pinjaman Jenis VI, tidak melebihi 360 bulan atau tidak melebihi umur 90 tahun yang mana terdahulu termasuk tempoh bayaran balik pinjaman Jenis IV yang telah digunakan.
Kalau pemohon tu pegawai Skim KWSP, tempoh bayaran hingga 360 bulan atau sehingga umur tamat perkhidmatan. Rujuk perkara 10.12
10.1.2 Bayaran balik bagi peminjam Skim KWSP adalah seperti berikut:i. Pinjaman Jenis I, II, III, IV, V dan VII, terhad kepada umur tamat perkhidmatan atau 360 bulan yang mana terdahulu; danii. Pinjaman Jenis VI, terhad kepada umur tamat perkhidmatan atau 360 bulan yang mana terdahulu termasuk tempoh bayaran balik pinjaman Jenis IV yang telah digunakan.
Peminjam yang telah memohon pinjaman sebelum 1 Januari 2009 boleh memohon utk memanjangkan tempoh pinjaman sehungga 30 tahun. Rujuk perkara 3.6
3.6 Peminjam yang telah diluluskan pinjaman sebelum 1 Januari 2009 boleh memohon melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 30 tahun bagi pinjaman pertama dan kerja ubahsuai atau 25 tahun bagi pinjaman kedua (hartanah kedua) tertakluk kepada syarat di Lampiran A1.
4) Kelayakan pinjaman meningkat. Rujuk Lampiran A10.
GAJI HAKIKI (RM) -> KELAYAKAN (RM)6500 ke atas -> 450,000.005500 ke 6499 ->420,000.004500 ke 5499 ->400,000.003500 ke 4499 -> 380,000.003000 ke 3499 -> 320,000.002500 ke 2999 ->280,000.002000 ke 2499 -> 255,000.001500 ke 1999 -> 205,000.001200 ke 1499 -> 168,000.001000 ke 1199 -> 130,000.00800 ke 999 -> 105,000.00799 dan ke bawah -> 80,000.00
5) Permohonan tambahan RM20,000 utk pengubahsuaian rumah kos rendah yang dibeli tapi ini hanya untuk kakitangan sokongan kumpulan 2. Rujuk perkara 3.12
3.12 Pinjaman kerja tambahan berjumlah tidak melebihi RM20,000.00 hanya dibenarkan bagi pembelian rumah kos rendah oleh pegawai Kumpulan Sokongan II tertakluk kepada syarat di Lampiran A6.
Hm...yang saya tulis ni main point yg menarik sahaja...
kesimpulannya pinjaman perumahan kerajaan yg baru ni lebih menarik kerana sebelum ini kita tidak boleh memohon pinjaman ni utk rumah subsale yg belum ada individu atau strata title lagi.
Kalau nak baca pekeliling penuh, boleh baca dan download di sini.
11 ulasan:
wah menarik part boleh beri umah lelong & subsale yg belum ade strata... mmg menarik! Yummy! hehehhe... *mcm aku keje gomen jek*
eh, saya rasa saya salah faham la.. lelongan hanya utk rumah yg dilelong oleh perbendaharaan malaysia sahaja..
maaf atas kesilapan..
huhuhu
fuhh,sy xguna lg gov loan ni.. da naik tu.. tp bulan2 nk byr tu la pening.. da la tolak gaji.. hehe
aslam, tak semestinya gun amaximum kelayakan tu.
guna la setakat yg kita selesa dan mampu bayar je
yup,btl tu.. tepuk dada tnya kemampuan.. hehe
off topic
ada tak bank yg bagi loan 95%-100%?
tak cukup nak bayar deposit 10%
mark up sNp la unknown...
kelebihan keje gomen,
btw, sabtu lepas tarikh tutup contest untuk entry azam tahun 2010.terima kasih kerana sudi join. contest utk like gambar azam 2011 masih berterusan sehingga
25th Jan 2011. saya ada sharekan cara utk 'like'di blog saya: Cara Like Gambar Facebook
Berikut adalah link untuk terus ke album azam 2011 di facebook page matjoe.com: Album Azam 2011
ye unknown.
beli one p roperty yg at least 10% below market value. so boleh la dpt 90% dr harag lepas markup which is actually 100% loan of your purchase price la.
tp kena mohon dgn owner utk just bayar booking about 2%, then the rest tunggu loan disbursed. kalau owner kata ok, settle la.
pinjaman perumahan kerajaan adalah yang terbaik, termurah dan mudah jika memenuhi syarat. berkongsi ilu dan pengalaman jika anda kurang yakin...
Catat Ulasan