02 Oktober 2010

unipark kawan

lama menyelam..
sebenarnya diam dlm blog je.. orgnya kat luar? ligat!
exam saya akan mula pd 27 oktober ni.
tadi baru je hantar mooting submission.next 2 week pulak ada 2 test dan mooting.
ni belum kira islamic family law lagi.. next week ada presentation. test pulak lecturer belum tetapkan tarikh.. adeh!

selain study, saya sibuk bantu kawan saya siapkan rumah unipark dia.
kawan saya ni duduk jauh... kerja jauh.
so dia minta saya bantu dia dari ambil kunci sampai la rumah tu disewakan.

unipark ni, kalau pembaca blog saya dah floow blog ni lama, mesti perasan saya pernah tulis review pasal projek ni.
tp masa tu unit yg dijual dah blok B. Blok A dah sold put.
yg dah dpt kunci ni blok A.
setakat ni, berdasarkan apa yg saya nampak pada blok A ni, projek ni mmg terbukti projek yang bagus. mmg sangat berpotensi.
menyesal pula saya tak grab satu unit blok B dulu... huhuhu

bila saya dah collect key, perkara pertama yg saya buat adalah check defect.
adakah saya yg cerewet atau kontraktornya mmg buat kerja semborono?
saya jumpa 48 defect!
tapi kebanyakannya bukan defect besar.. yg kecik2 je dan boleh settle cepat.
cthnya mcm cat comot, simen terpercik atas tile, cat tak rata, dinding ada lubang kecik.
tp ada juga yg agak sederhana besarnya seperti tile ada scratch, penutup lubang sink berkarat, masalah tangki flush dan kayu pintu terkopek-kopek.
setiap defect saya tanda dengan masking tape dan saya nomborkan satu persatu.
nombor pada masking tape adalah nombor yg sama dgn nombor defect pd borang.
ini supaya pihak developer senang nak nampak defect tu kat mana.

tempoh baiki defect adalah sebulan.
hm.. bermakna esok dateline nya.
setakat khamis lepas, masih banyak defect kecik2 belum dibaiki.
tgk la esok lusa macamana...

ok lah.. tak boleh nak cerita detail pasal projek unipark ni.
saya terpaksa sambung lain kali.
sebab assignment belum siap lagi.. aiyakkkk
(cadang nak letak gambar unipark kat sini tp ntah mana file gambar yg saya capture tu... huhuhu)

Tiada ulasan: