03 September 2010

mari shopping handbag raya

entri hari ini tidak berkaitan dengan pelaburan hartanah
tpi entri hari ini berkaitan dengan kawan saya yang juga merupakan seorang pelabur hartanah.

saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada kawan saya, Khairini kerana telah berjaya membuka kedai online pertamanya.



Dia menjual handbag berjenama yang diimport khas dari US namun dengan harga yang sangat menarik.
Setakat ni ada handbag Couch, Liz Clairborne dan Etienne Aigner.
Ini original tau.. bukan dari China.

Nak order, boleh buat melalui emel melalui takemebag@gmail.com dan pembayaran melalui cash deposit atau bank transfer dan juga melalui PayPal.
Advance juga kawan saya ni ye.. nanti kena ajar saya guna PayPal ni..

hm.. nampaknya percutian beliau ke US haritu mmg satu langkah yg bijak kerana telah membuka langkah kepada beliau membuka kedai online ini dan membuka peluang peminat handbag ni membeli dgn harga yang berpatutan.

Apa lagi kawan-kawan, jom sopping handbag raya!

Tiada ulasan: