lama tak menulis... bebanan study saya dah semakin berat.
lagi sebulan akan final exam..
so, spt biasa, bila nak exam macamni.. saya memang tak dpt menulis dengan kerap.
kali ni saya cuma nak rakam dua ucapan.
harap belum terlewat untuk ucapkan selamat hari raya kepada semua kawan2..
andai ada saya terkasar bahasa ketika menulis, saya pohon maaf.
bg sesiapa yg mengenali saya secara personal, saya mohon maaf atas keterlanjuran tutur kata dan perbuatan saya..
sabtu lepas juga, 18/9/2010 adik bongsu saya, itah, yg juga satu2 nya adik saya yg masih di malaysia ketika itu sudah pun terbang ke california, USA.
beliau menyambung 2 thn pelajarannya di sana untuk melengkapkan ijazah dia.
Terima kasih banyak2 kepada MARA kerana memberi pinjaman kepada dia.
MARA juga lah yg pernah memberi pinjaman boleh ubah kepada saya dulu.. terima kasih...
balik pada adik saya, dia ni duduk dgn saya sebelum ni..
dier lah yg banyak menolong saya membasuh rumah, memasang langsir, mengecat rumah
dan kadang2 meneman saya pergi visit show unit dan survey rumah...
dia ni tak pernah naik kapal terbang selama ni.
sekali naik, terus amik flight yg berbelas2 jam utk sampai... :p
yang menariknya.. perjalanan 16 jam tp seolah2 dia ambil masa 3 jam je utk sampai.
sebab flight dia pukul 3.15 ptg sabtu di klia dan sampai di Las Angeles pukul 6.15 ptg sabtu..
untung masa kan!
selain itah, siti (adik saya yg kat german sekarang ni), zahim (suami siti) dan mak mmg geng tetap untuk saling bantu membantu mengecat, memindah barang, berkenduri, melancong, berkemas untuk raya dan sekali sekala bergaduh adik beradik.. hehehe
(kakak dan abang2 saya jarang dpt join aktiviti mcm ni sebab masing2 dah ada keluarga yg makin membesar).
Tapi bila siti dan itah dah takde ni, nampaknya saya dgn mak je yg tinggal..
memandangkan mak pulak di pahang, nampaknya saya sorg2 je la di perantauan.. di lembah klang ni... huhuhu...
(er.. boleh kira saya ni anak rantau la kan...)
so, bila itah mengikut jejak siti terbang ke luar negara, saya terasa sayu...
terasa kehilangan adik2 yg juga kawan karib susah senang selama ni
tambahan pula sebab itah ni housemate saya.. wpun housemate duduk free...hehe
dah lah tu, terdapat salah faham maklumat menyebabkan saya, kakak saya dan keluarganya tak sempat nak bersalaman dgn itah sebelum beliau masuk ke dlm balai pelepasan..
sempat tgk bila dier beratur kat imigresen kat bawah je.. huhuhu
tapi nasib baik lah ada FB.. masih boleh lagi berbual, berborak dan mengutuk.. wpun tak jumpa orgnya secara real..
nasib baik juga minggu ni jadual saya padat.. so, sedih dlm hati tu boleh la dibuat2 macho.. hahaha
kepada itah, selamat jalan.. jaga diri di tempat orang..
belajar elok2.. study smart and study hard..
kami di malaysia ni sentiasa mendoakan kejayaan itah di sana...
Semoga berjaya, itah!
ni beberapa gambar yang di snap semasa di KLIA..