dah hampir setahun loan disbursed dah pun..
tp ada satu perkara yg saya sepatutnya lakukan tp belum saya lakukan sehingga lah minggu lepas iaitu mengambil mrta...
nasib baik saya masih hidup sehingga hari ini.. hehehe
ada org tanya, boleh ke tak ambil mrta lagi?
jawapan saya boleh.
sebab bank loan saya tu tak wajibkan ambil mrta dlm loan mereka..
so saya boleh pilih pakej mrta saya sendiri dgn sykt insurans pilihan saya sendiri.
dan bebas bila masa yg saya nak ambil mrta tu..
sendiri tanggung la akibatnya kan...
mrta atau mlta?
mrta
-fixed utk rumah tu je... tak boleh pindah ke rumah lain jika kita jual atau refinance rumah tu.
kadar yg dilindungi oleh insurans adalah jumlah baki hutang semasa sahaja.
jumlah premium dikira sekali je masa mula2 kita ambil mrta tu dan bayar lump sump. tp ada juga sykt insurans yg terima bayaran secara ansuran.
tamat tempoh mrta iaitu pada tamatnya tempoh bayaran loan rumah, kita tak dpt apa2 duit balik dr mrta.
mlta
- boleh pindah ke rumah lain selagi jumlah sum insured mlta kita cukup utk cover pinjaman rumah tu.
bayar bulan2 seperti mana insurans hayat.
bila tempoh matang tamat, kita dpt balik duit insurans tu mcm life insurans yg bersifat saving la..
bagi saya, saya masih gemar mrta.
sebab? kos premium yang jauh lebih murah. takde komitmen bulanan.
lebih baik komitmen bulanan tu kita simpan sbb boleh buat duit deposit rumah seterusnya pulak..
kalau dah plan nak refinance atau jual rumah tu, kita boleh ambil short term. tak perlu ambil sampai 30 atau 35 tahun ikut loan.
kalau dah terambil 30 thn tp tiba2 nak jual pula rumah tu lepas 6 tahun misalnya, boleh claim balik baki premium kita.. cuma jgn la expect amaun yg banyak pula...
langsung takmau ambil mrta?
pun boleh.. kalau
- kita dah ada life insurans yg jumlah pampasannya sangat cukup utk waris kita gunakan utk bayar baki hutang
- atau jika kita yakin waris kita pandai manage rumah sewa tu, keep on gunakan duit sewa utk bayar loan. tp yg ni saya kurang gemar.. sbb kita tak tahu waris kita boleh uruskan ke tak, malah rugi pula tinggalkan hutang kepada mereka sedangkan kita ada cara lebih baik.
so, balik kepada kes mrta domain saya, oleh kerana saya plan nak jual / refinance rumah tu lepas tamat lock-in period, saya ambil mrta utk 6 thn sahaja berkuatkuasa tarikh minggu lepas..
ambil dgn takaful ikhlas, kadar premium hanya rm776 cover baki loan saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan