sampainya je saya di sana saya nampak hendra, salesperson domain, sedang berbual dengan seorang perempuan foreigner.
saya menegur hendra.
terus hendra bertanya, " ada rumah kosong lagi tak?" merujuk pada domain la tu..
saya jawab la "takde.. kawan2 owner domain pun setahu saya rumah diorg dah penuh".
then hendra bercerita depan2 perempuan tu yg budak perempuan tu tgh cari rumah kosong nak sewa.
kata hendra, dulu budak pompuan tu sewa di domain
duduk sorg2 sewa rm1700
tp oleh kerana ayah dia tak kasi dia duduk sorg, dier pun pindah..sewa satu bilik di cyberia smarthomes townhouse.
malang nasib dia, rumah yg dia duduk tu tuan rumah dia sewenang-wenangnya keluar masuk tanpa kebenaran mereka..
masuk diam2, check rumah katanya.
malahan ada beberapa barang berharga seperti digital camera, handphone hilang.
mereka syak tuan rumah la ambil.
tuan rumah siap ada pasang cctv lagi diam-diam.
nak dijadikan cerita, rupanya dlm tenancy agreement tu, mmg dah ada tercatat yg tuan rumah boleh memasuki rumah tu bila2 masa tanpa kebenaran penyewa... teruknya!
ok, saya nak memberi sedikit komen tentang perkara ini.
sebenarnya di dalam kanun tanah negara, apabila seseorang mempunyai title sekeping tanah atau sebuah rumah (sebab rumah kan dibina atas tanah), beliau boleh menikmati tanah tersebut mengikut peruntukan undang2,
di antaranya adalah posession right atau hak pemilikan tanah.
dia boleh keluar masuk sesuka ati, nak buat apa pun kat tanah dia tu selagi tak melanggar peruntukan undang atau nak menyewakan atau mencagarkan tanah kepada bank, mahupun nak menjualnya.
namun apabila pemilik title ini menyewakan atau memajakkan tanah / rumah kepada individu lain, possession right itu dipindahkan dari dia kepada penyewa atau pemajak tersebut.
dlm kata lain, penyewa atau pemajak tanah / rumah tersebut kini mempunyai exclusive possession right ke atas tanah itu.
exclusive possession right memberikan hak yang sama ke atas tanah / rumah tersebut, kecuali hak ke atas title sahaja.
maknanya, semua hak dia ada kecuali tidak menjadi tuan punya tanah / rumah je.
penyewa boleh keluar masuk sesuka hati, bebas melakukan aktiviti di dalam rumah tersebut selagi tidak melanggar peraturan, menguncinya, menikmati hasil tanaman dlm kawasan rumah tersebut serta hak menyaman penceroboh atau org sekeliling yg mengganggu keamanan dia sebagai penyewa rumah tersebut.
itu sebabnya kalau kita kena gi baiki rumah yang telah disewa dan perlu masuk ke dalam rumah atau kawasan rumah, kita perlu meminta kebenaran penyewa dulu.
biasanya dlm agreement sewaan saya, saya akan masukkan clause yg saya akan meminta kebenaran mereka dan mereka perlu membenarkan saya masuk pada waktu yg dirasakan sesuai oleh kedua belah pihak.
kalau kita main masuk je, kita dikira menceroboh, sebab posession right ke atas rumh tersebut bukan pada kita dah.. tp pada penyewa.
kalau penyewa tak bayar sewa pun kita tak boleh senang2 je kuncikan rumah dia...
kita dikira menceroboh hak dia dah kita boleh disaman.
sebagai tuan rumah yg jujur dan menghormati peraturan, kita perlu hormat perkara ini dan tidak mengambil kesempatan atau melakukan perbuatan yg berniat jahat kepada mereka.
kita sdr pun tak suka kan kalau kita menyewa rumah tp tuan rumah tu boleh keluar masuk sesuka hati.
perbuatan tuan rumah ni memasukkan clause yg dia boleh keluar masuk sesuka hati mmg salah dan tidak beretika.
kena pulak penyewa yg ignorant, tak baca perjanjian betul2.. main sain je..
tuan rumah pula mengambi kesempatan atas kelemahan dan keterdesakan mereka.
ni dah kira salah bawah undue influence ni..
hendra ckp dah beberapa org penyewa cyberia yg mengalami kes yg sama dtg mengadu kat dier dan kat balai polis.
tp since clause tu ada dlm agreement, polis tak boleh buat apa..
ada juga kes yg langsung takde written agreement.. pun polis tak boleh buat apa2..
come on tuan rumah malaysia, jgn la buat macam ni...
jaga la nama baik kita rakyat malaysia..
penyewa ni pun bukan dr keluarga yg takde pangkat dan kedudukan di negara mereka.
Ingat, polis mungkin tak boleh nak buat apa2
tapi kalau dia ada cukup bukti dan cukup duit utk upah peguam, dier boleh saman tuan rumah kerana menceroboh (tresspass) dan undue influence.
ni dah jadi kes sivil, bukan kes jenayah.
dan dia boleh tuntut pampasan atau damages atas kerugian yang dia alami.
ok, balik pada kisah budak perempuan tadi...
sekarang ni kontrak sewaan housemate perempuan tu dah nak tamat hujung bulan.
tuan rumah keep on masuk rumah.
famili budak perempuan tu pulak nak dtg sini melawat
budak perempuan tu dah sangat terdesak utk mendapatkan sebuah rumah
kalau boleh nak di domain la...
jadi, kalau ada kawan2 pembaca blog saya yg ada unit kosong di domain dlm masa ini, boleh la bgtau saya atau call hendra direct 0133954102.
setakat tadi, dier sanggup menyewa 1700 utk satu unit terus.
tp mungkin kalau just ada bilik kosong atau kadar yg bebeza, boleh cuba bincang dan tawarkan juga.
by the way, budak pompuan ni dr oman, student MMU.
bapanya org besar di kementerian pelajaran oman.
hendra kenal baik pompuan ni.. kata hendra dier penyewa yg baik.
hm.. harapan saya akan ada kesudahan yg baik pada beliau.