25 Jun 2010

pentingnya ada sistem sokongan yang bagus

penyewa2 rumah domain memang banyak karenah
terbaru, penyewa rumah adik saya dan penyewa tak sah yg lelaki di rumah saya tu komplen air-cond tak sejuk
terdahulu lampu rumah saya ada 3 biji tak boleh hidup

sebagai seorang yang sangat sibuk, chewah...
dan oleh kerana saya seorang tuan rumah wanita yang buat2 ayu.. (walaupun tak ayu pun..)
maka saya tidak dapat la nak servis air-cond dan baiki lampu sendiri
saya pandai baiki komputer je

maka apabila masalah begini muncul, alhamdulillah saya hanya perlu call electrician yang saya dah biasa sangat dengan dia
call bgtau apa masalah, bagi no tenant kat dier minta dier set appointment dengan tenant
kemudian saya bagi no dia pula pd tenant saya
kemudian bila kerja dah selesai, dia akan bgtau saya berapa cajnya
caj yang dikenakan tidak mahal dan boleh dipercayai
saya pun terus buat pindahan wang melalui perbankan internet.
menyenangkan kan.. saya tak perlu awasi kerja dia pun
tak perlu bertenggek tunggu dia siapkan kerja

jadi, sebagai pelabur hartanah yang berjaya dan akan berjaya, penting untuk kita ada sistem sokongan yang bagus
elecrician, plumber, locksmith yang dipercayai
dan sanggup datang membaiki tanpa banyak alasan
dengan harga yang berpatutan...

tapi setakat ni sistem sokongan saya belum lengkap lagi
saya belum ada tukang baiki peti ais / mesin basuh yang boleh dipercayai lagi
mungkin sebab masalah ni jarang berlaku kan...
dan juga belum jumpa locksmith yang boleh gantikan kunci sliding door rumah domain tu..
dengan harga yg berpatutan
sedang mencari.. projek bersama hazree nih...
kata locksmith di cyberjaya tu, pintu domain ni mmg problem..
kalau dah ganti pun , mungkin lagi setahun lebih boleh problem lagi.. haiyakkkk

Tiada ulasan: