02 Jun 2010

kesudahan yang baik?

25 mei
dua orang penyewa kazakh masih belum bayar sewa dan ada tertunggak 3 bulan bil letrik, 3 bulan bil air dan 2 bulan bil streamyx.
sampaikan tnb minta tambahan cagaran rm360.
walaupun tenant filipina dan tenant lelaki tu boleh bayar bil untuk bahagian mereka, tapi pembayaran tersangkut juga kerana bahagian 2 orang tu belum bayar.
jangan harap la dua orang yg bayar ok ni nak dahulukan duit kan...

26 mei
bil letrik dipotong.
tenant filipina terpaksa call saya minta tolong sambungkan semula.
saya cakap saya boleh tolong tp minta dia transfer duit utk bayar bil letrik terkini.. sebab bil yang sebelum tu cuma antara dua org kazakh tu je

27 mei
saya ke pejabat tnb.
kena top up duit saya pulak sebab amaun kena bayar utk membolehkan bekalan disambung semula lebih dr bil terkini yg filipino tu kasi kat saya.
hampeh la...
terjejas bajet i nak joli di JB.. hehehe
maghrib, dpt sms dr salah sorg tenant kazakh tu..
ok, saya namakan kazakh 2
dia janji dia dan kazakh 1 akan bayar semua yg tertunggak termasuk bil2 yg tak terbayar tu sebelum 31 hb
minta saya kasi peluang lagi
saya sound gak dia.. dia dah menyusahkan semua orang
tp dlm hati, tgk boleh bayar ke tak sebelum 31hb

31hb mei
petang, duit takde masuk satu sen pun
saya sms kazakh 2 dan kazakh 1, ingatkan janji manis dia
sms yang saya hantar ke kazakh 1 dok pending satu hari... off hp kot..

1 jun
duit takde masuk...
saya sms kazakh2, minta mereka pindah keluar

2 jun
call kazakh yg lelaki tu (kazakh 3) minta dia keluar.
sekali dia kata kazakh 2 cakap kat dia nak masukkan duit ke akaun bank saya.
saya terus check akaun bank, mmg ada masuk sewa bulan lepas yang kazakh 3 dah beri ke kazakh 2 tu
so, kazakh 3 kata dia akan keluar hujung bulan jun seperti dijanjikan
sewa bulan jun ni dia akan bagi kat filipino dlm sehari dua ni
kemudian, dia juga beritahu saya yang kazakh 1 dan kazakh 2 dah pindah keluar..
barang semua dah clear

petang, saya ke sana
betul.. bilik dah kosong..
barang mereka yang tinggal cuma hanger je...
saya berbincang dengan filipino, berapa bayaran bil kazakh 1 dan 2 yg tertunggak.
kira punya kira, semuanya dalam rm77x... isk...
saya terpaksa bayar guna baki deposit mereka.. tp tolak siap2 la yg saya dah top up kat tnb tu.
kemudian, filipino pula kata, dier nak iklankan bilik kosong tu
sebab lepas ni kami buat agreement baru.. rumah untuk disewa antara saya dan dia sahaja.

hm... teringat hari mula2 kazakh 1 tengok rumah ni
masa tu rumah belum siap.. baru lepas cuci rumah
belum letak furniture, lampu belum pasang.
dia datang dgn kawan dier, lelaki, student mmu yg hensem.. ehem ehem..
masa tu nampak mereka ni berduit sebab tak nego harga sewa pun
direct terus nak bayar deposit
dan tak cerewet tentang furnishing
siapa sangka jadi mcmni kan...

melihat mereka keluar dengan cara baik.. kemaskan bilik.. tinggalkan kunci...
jauh hati saya, sedih juga keadaan ini...
tapi apa boleh buat, saya tak sanggup tanggung risiko kalau saya bagi tempoh masa lagi sebulan

saya mahu jadi pelabur hartanah yg bijak
tapi saya juga tak mahu buta mata kerana wang
harap kesudahan ini kesudahan yg baik untuk semua

Tiada ulasan: