23 Jun 2010

Bakal penyewa domain



Lama tak update blog.
Saya bercuti ke Perak.. bermain air sepuas2nya dan melawat bekas kolej saya belajar dulu.
Maktab Sains Mara Trolak atau Kolej Yayasan Pelajaran Mara Trolak dah jadi Felda Residence Trolak sekarang.
saya stay satu malam di sana yg kebetulan di floor dan bangunan yang pernah menjadi asrama saya dulu.. Dublin Residential Hall atau nama sekarang Ixora 5.
memori seh...
insya allah, nanti saya upload sekeping dua gambar yg saya ambil di sana
sebab ada blog reader saya yg sebenarnya adalah senior saya.. iaitu blogger ojah dan 1-million-dollar...

Ok, balik pada tajuk.
Petang semalam saya berjumpa dengan bakal penyewa bilik untuk rumah Domain saya.
Orang filipina juga.. perempuan. Bekerja di DHL, cyberjaya.
Oleh kerana dua orang penyewa kazakh yang cantik tu dah keluar, maka itu la ada bilik kosong.
Tak sangka pula pengganti mereka ni pun seorang perempuan yang cantik juga...
(ehem.. ada lagi sesiapa yang nak jadi peneman saya kutip duit sewa pula ke lepas ni.?)

Dia nak pindah masuk sabtu ni tapi sewa bermula 1 hb depan.
takper la... free dua tiga malam je..
tapi oleh kerana gaji dia hanya pada hari jumaat, dia tak dapat bayar deposit lagi.
sebagai tanda setuju saya minta juga sedikit wang booking.
Dia bagi USD 100 dengan syarat saya pulangkan semula note USD 100 tu bila dia bayar penuh deposit jumaat nanti.
takde masalah...


Yang menariknya, dia kata dia baru je bulan ni kerja di Malaysia.
Baru datang Malaysia la.. dan belum ada rumah untuk tinggal lagi.
Nak tahu sementara tiada rumah ni dia stay di mana? Pullman Putrajaya Lakeside Putrajaya...
Hotel 5 star di putajaya... fullamak....!!
Ada lagi, dia bercerita, rupanya ada agency yang menguruskan permohonan pekerjaan expat dari Filipina ke Malaysia ni..
dan interview yang dijalankan hanya melalui telefon sahaja.
hm.. patutlah saya lihat ramai expat filipina di cyberjaya
begitu mudah mereka nak bekerja di sini rupanya.
Katanya, mereka suka bekerja di sini kerana faktor gaji yang lebih tinggi dan juga cukai yang lebih rendah.

So, berdasarkan latar belakangnya, saya harap penyewa cantik yang baru ni tak memberi masalah.
Saya sudah beritahu dia, apa hal.. nak bayar sewa ke.. bayar bil ke.. deal dgn penyewa filipina lama saya tu. Dia ketua rumah.

Tiada ulasan: