ibu nya meninggal dunia di hosp putrajaya.
jenazah dikebumi di pulau pinang.
ibunya meninggal pukul 2 pagi, dier sms saya pukul 8.
saya sempat melawat arwah dan dia di hospital putrajaya sebelum mereka bertolak.
Dia adalah kawan saya yang saya sangat suka.
Dah banyak jasa dia pada saya.
Dah banyak masa dia luangkan untuk saya.
Dah banyak kegembiraan yang dia hadirkan kepada saya.
Dan saya terharu kerana pada saat kesedihan dia, dia masih ingat untuk memberitahu saya.
Walaupun saya tak dapat menghilangkan sedih di hatinya, tapi saya dapat membacakan yasin buat jenazah arwah yang saya hormati.
Dapat juga saya menemani dia walaupun sekejap.. menunaikan hak dia sebagai kawan saya.
Selepas hari itu, alhamdulillah hari ni saya dapat bercakap dengannya di telefon...
setelah panggilan saya semalam tidak dapat dia jawab.
Saya tahu dia selalu membaca blog saya sebagai silent reader..
Jadi boleh saya bgtau dia di sini bahawa saya sentiasa ada di sebelah dia.. mendoakan dia?

(minta maaf entri hari ni emo sikit.. )
Rohaniah Noor
rohaniahnoor@gmail.com
http://rohaniahnoor.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan