Esok insya allah kalau tak ada aral saya nak ke seminar iProperty.
Teringat pula soalan hazree, apa buku milan doshi yg bagus untuk dibaca tu?
hm.. sebenarnya memang saya berangan nak buat review buku-buku pelaburan hartanah terbaik yg pernah saya baca
so, bila hazree dah tanya macam tu, boleh la saya mulakan dengan buku milan doshi ni
ok, milan doshi ni, kalau ada yang belum kenal, dier merupakan antara property investor paling terkemuka di malaysia
sama class dengan renesial leong dan azizi ali
dia ni dah lama dlm property ni...
fokus utama pelaburannya adalah commercial property.
Dia ada beberapa commercial lot di Berjaya Times Square dan dengarnya di Bukit Bintang Plaza
tapi dia ada juga invest dlm hartanah kediaman di taman equine.
ok, setakat ni ada 2 buah buku yang dia tulis berkaitan pelaburan hartanah
mula-mula dia tulis buku "How You Can Get Rich from Property and Stock Markets"
kemudian diterjemahkan ke versi Bahasa Melayu "Bagaimana Anda Boleh Menjadi Jutawan melalui Pelaburan Hartanah dan Pasaran Saham".
buku ni saya tak beli, tapi saya suggest kepada library pejabat lama saya untuk beli dan letakkan di library.
Kemudian, saya jadi peminjam pertama.. hehehehe
Sepertimana tajuknya, buku ni mengajar asas bagaimana bermula dan mengaut keuntungan dari pelaburan hartanah dan pasaran saham.
Kurang detail kerana nak cover dua aspek berbeza tapi cukup untuk membuka mata kita.
Kemudian pada tahun 2005, Milan Doshi menerbitkan satu lagi buku.
"How You Can Become a Multi Millionaire Real Estate Investor"
atau versi BM bertajuk "Bagaimana Anda Boleh Menjadi Jutawan Hartanah Terbilang"
Buku ini setebal 321 muka surat, detail dengan pengenalan, tips, panduan dan segala pengiraan berkenaan pelaburan hartanah.
Boleh dikatakan sangat detail.
rasanya kalau anda banyak tak tahu tentang hartanah ni, anda boleh tahu hampir semua teknik dan bagaimana pelaburan ini dilakukan dengan membaca buku ini.
Pengiraan yag diajar memang lengkap. Tidak selengkap yang ada dlm buku azizi ali dan renesial leong sekalipun.
Isi kandungan buku ini meliputi:
- Lets Get started
- what you need to know when buying a property
-legal and tax issues made simple (tapi pening gak kepala nak memahaminya... hehehe)
- Getting the best financing package
-insight into real estate agents and negotiators
- managing your real estate investments
-other crucial issues in property investment
ni tajuk-tajuk besar je.. setiap tajuk besar ada 3 - 9 tajuk kecil.
memang lengkap, jelas dan letih lah membacanya... hehehe
tp soal letih membaca tak sepatutnya jadi masalah kan..
itu sebab diciptanya bookmark.
untuk menanda di mana kita berhenti membaca supaya dapat menyambungnya lain kali.
Itu juga gunanya rak buku.
supaya buku yang disimpan lepas dibaca mudah untuk diambil dan dibaca semula untuk ulangkaji dan pemahaman yang lebih...
tips yg saya paling ingat, kalau nak beli condo atau apartment, jangan sesekali beli unit di tingkat paling atas.
juga, beliau mengatakan mindset terbaik dlm pelaburan hartanah adalah bila dah membeli satu unit yang baik, jangan sesekali menjualnya.
Kenapa? hm.. kena la beli dan baca..
saya beli buku ni semasa attend talk milan doshi dlm seminar iProperty tahun lepas.
masa tu dia jual dengan harga rm60. buku versi bahasa inggeris.
harga sebenar rm69.90
kalau versi BM murah sikit, rm59.90 tapi milan tak bawak versi BM masa tu.
hm..setakat ni, buku ni, buku azizi ali dan buku renesial leong adalah perbelanjaan terbaik saya.
yang saya memang tak pernah menyesal membelinya.
malah amat bersyukur kerana saya dibukakan hati untuk membeli dan membaca buku-buku ini semua.