di dalam penyewaan rumah, perjanjian sewaan sangat penting.
ia merupakan intipati dan kontrak yg termeterai antara tuan rumah dan penyewa.
perjanjian boleh jadi secara bertulis atau secara verbal.
biasanya tuan rumah melayu yg tak serius dgn pelaburan hartanah hanya menggunakan perjanjian lisan sahaja..
sekadar bercakap, ok, rumah ni sewa harga sekian sekian.. deposit sekian sekian..
tempoh sewaan pun tak ada.
bayar deposit, dapat kunci dan settle.
dulu masa saya sewa rumah di pinggiran putrajaya macam tu la..
tapi bagi pelabur hartanah yang serius dengan pelaburannya, yg ingin mengekalkan sikap profesional di dalam urusan ini, akan menggunakan perjanjian secara bertulis.
ini kerana semua terma jelas disebut..
bayaran sewaan, tempoh sewaan. butiran penyewa dan tuan rumah, dateline pembayaran, cara pembayaran sewaan, senarai inventori, tanggungjawab tuan rumah, tanggungjawab penyewa, tanggungjawab bersama dan akuan masing2 beserta saksi.
perjanjian yg siap di matikan setem akan boleh digunakan utk membuktikan yg tuan rumah mempunyai pendapatan tambahan kepada bank.
bagi menampung semula jumlah komitmen bulanan yg dibayar kepada bank.
penjanjian ini juga boleh dibawa sebagai bukti di mahkamah, jika ada apa2 pertikaian kemudian hari.
wah.. panjangnya intro.
sebenarnya nak cerita.
rumah saya kat cyberjaya tu kan saya sewa as room for rent.
ada la sebab kenapa jadi macamtu.
saya dah cerita di blog ni dah pun.
oleh kerana pada masa tu, 1st time saya buat room for rent, jadi saya dan partner mmg terdesak nak draft agreement room tenancy dlm bahasa inggeris.
kami cari contoh sewaan bilik utk asrama satu university di UK dan kami modified ikut keperluan.
partner saya lagi terer bahasa law dlm english ni.. seb baik...
dah nak cepat, saya dan partner cuma check mana2 clause yg kami rasa penting je..
hujung bulan mac, sorg tenant middle room yg baru balik dr filipina call saya
dier dua bulan tak ada sebab balik bersalin di filipina.
bila dia balik, dia kata dah ada sorang lelaki duduk bilik ke3.
tenant bilik ke3 saya kongsi bilik master dgn tenant bilik master yg semangnya rakan senegara dan seuniversiti dia.
so bilik ke 3 dier bg org lain duduk.. lelaki pulak tu.
mmg tenant bilik ke3 ni sangkut payment bulan lepas.
janji bulan ni nak bayar 2 bulan sekaligus.
aduhai... saya suka tenant filipina tu sbb dier boleh diharap jaga rumah, bayar tepat pada masa dan dier la yg jaga pembayaran bil2 semua.
dier rasa kurang selesa bila ada lelaki dlm rumah.
cuma nasib baik lelaki tu jenis tak amik tahu hal org lain, katanya.
hm.. bila saya tgk dlm agreement, kami tertinggal clause yg mengatakan tak boleh sublet kan rumah tu
apatah lagi tak ada clause yg kata tak boleh sublet kepada non-female.
sedangkan clause ni mmg ada dlm agreement rumah sewa versi BM saya.
macamana saya boleh terlepas pandang?
hm.. skang saya dlm dilema..
kalau saya nak mamat ni keluar gak, kena slow talk je la..
benda tak ada dlm agreement.
so, kalau tenant ni takmo ikut, saya tak boleh paksa atau enforce contract.
pengajaran buat semua. jgn tertinggal clause2 yg penting.