26 Januari 2010

kawan saya beli rumah!


minggu lepas saya sibuk tolong kawan saya beli rumah pertamanya.
kawan saya ni duduk kat taratak muhibbah, taman desa.
rumah yg sama kami duduk zaman dia bujang dulu.
bila pejabat saya pindah ke putrajaya, saya pindah ke sungai merab.
dia dan lela stay.
bila dia kahwin, lela keluar.
dia stay dgn husband dia.
boleh kata, rumah warisan jugak la tu kan.. sebab nama dlm kontrak sewaan asalnya nama saya, saya pindah ke nama dia.

taratak muhibbah ni mmg muhibbah sungguh.. sebab ada pelbagai bangsa.
ramai india dan melayu, tapi ada juga cina.
then ada juga penyewa orang indonesia, bangladesh.. tapi masih terkawal.
duduk sini dulu, yang bestnya dekat dengan midvalley.
nak ke pusat bandar dekat, nak ke shah alam pun cuma 25 minit, nak ke bandar tun razak cuma 15 minit, nak ke puchong pun dalam 20 minit.
kecuali jam yg melampau la kan...
sbb taman desa ni kat tengah2..
kurang best sbb takde lrt jer.. kalau ada, mmg pack la..
masa saya duduk dulu, bas taman desa sengal juga. selalu lambat.
saya selalu jalan kaki ke simpang masuk kat jalan klang lama tu, then ambil bas kat situ.
bas puchong - kl atau OUG - Kl banyak.

minggu lepas, saya jumpa ada orang nak jual taratak muhibbah.
saya tak layak beli.
so, saya pas kat dia.
mmg sebelum ni, setiap kali saya jumpa dia, saya akan bagi motivasi utk dia beli rumah.
(siapa jadi kawan saya, pasti akan dapat motivasi percuma ni.. hehehe)

alhamdulillah dia memang berminat sebab sebelah blok yg dia duduk je..
harga rm58K, keluasan 580sqft.
2 bilik, 1 bilik air yg ada shower dan toilet dan 1 lagi tu cuma ada toilet duduk je.
sekarang ni rumah tu disewa oleh satu syarikat yg diduduki oleh pekerjanya dari pakistan.
lelaki.. tapi elok diorg ni duduk rumah tu.
takde rosak, rumah bersih
cuma ada katil kat ruang tamu.. hahaha
tp owner ni sewakan murah.. rm400 je
so, kalau dah dpt kunci nanti, mungkin kawan saya nak upkan sewa ikut harga semasa.
tak pun, suruh je mereka keluar. cari penyewa lain..
tengok mana yg sesuai la..

gambar taratak muhibbah saya ambil dari laman web fulhouse.




Booking 3% dah bayar, dokumen owner semua dah dapat dari agent.
Tinggal nak apply loan dan jumpa lawyer utk prepare s&p sahaja.
Gambaro Ina!

Tiada ulasan: