ok, begini
ketiga2 bilik telah disewakan
ye, saya sewakan fully furnish sebagai bilik, bukan sebagai satu unit rumah
so, saya kena mencari 3 org penyewa yg berhasrat menyewa 3 bilik saya itu.
ini juga bermakna ada 3 agreement berbeza..
bukan house tenancy agreement, sebaliknya room tenancy agreement
mereka sewa bilik.. so mereka bertangungjawab ke atas bilik yg mereka sewa
tp dlm agreement tu ada clause berkenaan shared area
sperti ruang tamu, yard, bilik air, dan shared furniture and appliances seperti peti ais, tv, mesin basuh dsb.
dlam agreement clear yg mereka juga bertanggungjawab ke atas keselamatan dan penjagaan shared area dan shared furniture ni.
kalau ada damage, mereka bertanggungjawab ke atas damage tersebut di atas nilai yg dibahagi sama rata antara semua occupant di dalam rumah tersebut.
seperti contoh, peti ais yg rosak tu bernilai rm300. jika rosak, setiap sorg bertanggungjawab atas rm100 (rm300 / 3 org penyewa).
begitu juga bil2 utility... semuanya mereka perlu bayar atas nilai yg sama antara sesama penyewa.
kalau mereka bergaduh dan tak mau bayar?
di sini perlunya pemantauan..
tapi berdasarkan pengalaman saya, foreigner di domain jauh lebih sempoi dr local person.
local person pertikai banyak perkara.. komplen banyak..
nak murah tp nak duduk tempat ada kelas!
maaf la kalau ada yg kecik hati tp inilah pengalaman saya sendiri.
foreigner, kalau mereka ada duit, mereka akan sewa.
takde duit, mereka cari tempat lain yg suit budget mereka.
tak perlu nak merayu2 minta kurgkan rate dan bg alasan berjela2..
pemasangan internet perkara wajib di domain.
sebab internet connection ni keperluan asas mereka.
berminat nak pasang talian internet dan streamyx?
boleh hubungi saya..
so far saya deal dgn satu agen di puchong.. alhamdulillah..
komitmen mereka bagus.
cuma nak masuk telefon lambat sgt.
biasala.. telekom kan.. alasannya sbb port di cyberjaya dah penuh.
kena tunggu 10 permohonan baru boleh masuk line telefon.
kenny double confirm hal ni pun, dier dpt result yg sama.
maknanya ejen tu tak tipu.. tp mmg betul telekom yg lembab.
tp alhamdulillah.. setelah lbih sebulan menunggu, akhirnya talian telefon masuk juga
caj rm30, kita sebagai owner yg patut tanggung.
bukan tenant. sbb talian telefon tu fixed kat rumah tu..
kalau tenant dah keluar pun, telefon tu tetap ada kan..
nak pasang modem streamyx dan setup connection kat pc, saya rasa baik pasang sendiri.
lebih jimat
kalau minta diorg pasang, kena caj lagi. rm100++ gak melayang.
setakat pemerhatian saya, di domain ni apa yg paling penting adalah air cond, water heater, katil dan wardrbe.
ada juga yg minta mesin basuh.
saya sediakan semuanya.
tp kalau anda nak sewakan kosong atau dpt tenant yg mmg nak sewa kosong je, pun takper
sbb anda jimat pula kat modal perabot dan appliances.
penjimatan tu boleh la digunakan utk buat deposit rumah seterusnya kan..
dlm kes saya, saya spend rm11K utk rumah ni.
tp saya puas hati dgn hasil dan penyewa yg saya dapat..
alhamdulillah...
ruang tamu
langsir tu custom made.
susah nak cari ready made sebab saiz dier unik.
langsir utk tingkap master bedroom dan tingkap bilik ke3 pun custom made juga.


dapur..
peti ais tu 2nd hand, beli dr expat korean yg nak pindah. so masih nampak baru.
almari dapur dan dapur gas tu baru. saya provide sekali gas cylinder..
sajer takmo sign up dgn gas malaysia. nnt guna atau tak, tetap kena bayar rm3 sebulan.

Perabot utk bilik pertama dan kedua.
set bilik tidur ni saya dapat harga yg tak mahal sangat.
tp saya bagi mereka tilam pocket spring tau.. hm..
:)


wardrobe, meja study dan kerusi utk bilik ke 3. katil single lupa nak ambik gambar. saya letak katil besi je.. tilam saya letak tilam spring goodnight.

eh,
saya ada balance sekeping langsir utk bilik ke3. kalau ada sesiapa berminat nak beli, saya nak tolak murah2 je.. rm20..
dulu saya beli rm 125 satu set..
sebenarnya langsir utk pintu sliding door. sebab tu je yg panjangnay sesuai dgn panjang tingkap bilik ke2 dan ke 3 domain.
satu keping saya gunakan utk tingkap bilik ke2. just nice.
satu keping lagi saya terpaksa potong dua baru la sesuai utk tingkap bilik ke3.
so saya ada separuh lagi dr sekeping td.. sesuai utk letak kat bilik ke3 anda.
kalau berminat, emel saya ye.
air cond ada di semua bilik. tp bilik ke3 ada kipas angin juga.
sebab masa mula2 saya tak tau tenant nak air cond ke tak, so saya letak je la kipas angin dulu.
then bila tenant tu minta air cond, baru saya pasang air cond.
hm.. kipas angin ni bukan standard size tau.
bilik ke3 ni kecik.. so kalau standard size mg tak sesuai. muat2 sgt.
so, saya kena beli yg saiz kecik sket dr yg biasa.
tak ingat ukuran dier berapa ntah.. 45 inci kot..
mcm arlina, dier beli baby fan yg ada remote control tu.. terpulang la..

kedua2 toilet ada water heater.
satu water heater saya beli 2nd hand dr expat korean.. sama mcm peti ais.
satu lagi saya beli baru. harga rm290 je kat jalan klang lama.
dua2 jenama panasonic.


mesin basuh? tiada di dalam gambar.. hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan