14 Ogos 2009

southgate, koperasi permodalan felda dan angan2 saya


kalau saya ada modal yang lebih tinggi dr yg saya ada sebelum beli domain @neocyber, dah pasti saya akan beli lot pejabat di southgate.
kalau saya ada modal yg memang tinggi, saya akan beli retail lot di southgate.

saya memang berangan2 nak invest dlm comercial property satu hari nanti
tp angan2 saya tu, saya tahu mmg lambat lagi baru boleh direalisasikan
malangnya southgate dibina sekarang.
maknanya saya tak ada can la nak beli southgate direct dr developer..
which is obviously jauh lg murah kalau saya beli 10 tahun dr sekarang.

southgate ni kalau pembaca belum familiar, ia merupakan projek pusat komersil di jalan tun razak.
bertentangan dengan wisma mah sing.
mmg developernya mah sing. developer yg mempunyai reputasi yg sangat baik.
hm.. senang cakap, kalau anda datang dr seremban nak masuk kl, selepas tudm tu terus je menghala ke jalan tun razak.
nanti akan jumpa southgate di sebelah kanan tak lama selepas susur kanan ke jalan chan sow lin

bagi saya lokasinya amat strategik.
tgk la.. kawasan tu mmg jam.
sbb di situ pertembungan kenderaan dr PLUS highway arah selatan, jalan mahameru, jalan sg besi ataupun dr lebuhraya BESRAYA, jalan cheras dan dari jalan tun razak sebelah utara.
freehold.
developer siap offfer pakej 5/95 lagi
bayar 5% deposit, then 95% lagi melalui loan.
0 interest during construction. bila dah siap baru start bayar.

kalau nak baca detail tentang southgate boleh pergi laman web mah sing

atau baca review di iproperty.com.my

sebenarnya oleh kerana saya terlalu suka projek ni, setiap kali saya melalui jalan tun razak depan tapak pembinaan southgate ni, saya akan terbayang pejabat law firm saya, mssrs rohaniah noor & associates ada di salah satu office lot ini.
(atau kemungkinan nama lain adalah tetuan rohaniah noor, mazni dan shahril.. hehe)

tp tu la.. bajet saya belum sampai ke tahap layak membeli satu unit di southgate lagi.
so, angan je la...

tapi hari ni saya gembira.
kerana saya telah membaca satu artikel oleh Business Times pada 13 ogos 2009
bahawa koperasi permodalan felda (KPF) telah membeli satu blok 8 tingkat southgate dari Mah Sing.
harganya rm226 juta
boleh baca artikel tu di blog malaysiapropertynews atau di laman web Mah Sing

wah.. gembiranya saya
sebab saya merupakan salah seorang pemegang saham KPF
walaupun saham tu tak banyak mana.. tp tak kira la kan..
janji saya ada share dlm KPF.. hehe
ini bermakna indirectly saya dah membeli southgate
alhamdulillah..

(tetiba saya rasa lebih yakin impian saya boleh jadi nyata kalau saya mulakan usaha yg betul dan bayangkan dengan jelas impian saya tu di dalam minda saya..insya allah)

Tiada ulasan: