
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan dengan penuh rasa bangga kepada lecturer saya, Prof Dr Shad Saleem Faruqi yang telah dianugerahkan pingat Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk pada hari Sabtu yang lepas.
Selain itu, Prof juga kini telah dianugerahkan sebagai Professor Emeritus oleh UiTM.
sekali lagi tahniah, prof!
Prof Emeritus Datuk Dr Shad atau yg lebih mesra selama ini kami panggil prof shad adalah lecturer constitutional law 1 dan constitutional law 2 saya. Pengetahuan, pengalaman dan kepakaran beliau memang sangat hebat. Namun beliau bukan seorang yang membangga diri. Beliau sentiasa tersenyum dan kelas sangat happening bila lecture diselangi dengan lawak2 beliau. Beliau juga seorang lecturer yang sangat considerate.
Anda boleh membaca profile Prof Shad ini di sini.
Kami doakan Prof terus berjaya dan terus menyumbang jasa bakti kepada bidang perundangan negara kita. Jangan gentar atas segala tekanan. Kami semua pelajar2 Prof mendoakan prof dan menyokong segala usaha Prof.
Terima kasih Prof kerana mengajar saya dan kawan2.
Harap saya dapat belajar dgn prof lagi untuk course Jurispundence nanti..
:)
(nota: entri ini adalah ikhlas. tiada kena mengena dengan result exam yg akan keluar lusa. lagipun mmg dah sempat apa dah kan, prof.. saya doa je la...hehe)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan