02 Jun 2009

jualan hartanah pkns dan kasturi idaman

ni episod kedua
kisah lawatan saya, adik saya dan kak jue ke jualan hartanah pkns ahad baru-baru ni.

selepas ke booth mutiara anggerik, saya dan kak jue mencari booth apartment kasturi idaman pula.
apartment ni terletak di seksyen 8 kota damansara.
dibangunkan sendiri oleh pkns.


pada mulanya saya mendapat tahu tentang jualan pkns ni, saya rasa memang tak berminat nak ambil tahu lebih lanjut tentang apartment ni.
sbb saya rs ia overpriced di lokasi yang sudah hampir dengan sungai buloh.
dulu saya kerja tak jauh dr kawasan tu.
so, agak familiar jugak la..

tapi oleh kerana review hartanah ni keluar kat berita harian minggu lepas, saya mula tertarik.
bila baca artikel tu, rasa macam ok pulak..
tu sebab saya tekad nak survey projek ni.

untuk projek2 pkns, semua booth terletak di dalam satu kawasan.
share promoter.. ada 3 orang yg sangat peramah.
bila saya bgtau saya nak maklumat lanjut berkenaan apartment ni, mereka suruh saya ke pejabat pkns di kota damansara terus.
dekat dgn site projek ni.
mereka kata, pergi ke sana lebih elok. boleh tgk kawasan sebenar..
pekerja di sana lebih arif dan boleh book terus.
pejabat di kota damansara ni buka sampai pukul 5, kata mereka.
melihat jam baru pukul 3, kami mmg rasa sempat sangat.
singgah solat kejap kat masjid shah alam, kami terus ke kota damansara.

hm.. memang site ni tak jauh dr pejabat saya dulu.
(teringat kisah lama la pulak.. nama boss saya masa tu encik raja..
melayu.. kerabat kot.. entah, saya pun tak pasti)

apartment ni betul2 kat tepi jalan sungai buloh.
bg saya, kawasan KD yang dah agak hujung la kalau u all dtg dr persiaran surian / ikea.
kami ke site office dulu.
masa tu baru pukul 4.30 tapi pejabat tutup.
ada sorg jaga je.
nasib baik jaga tu bg juga kami masuk tgk model.
(dekat pkns shah alam td, model pun takde.. isk)
encik tu cakap, mmg sepatutnya ada org jaga booth ni sampai pukul 5
tp entah kenapa cancel pulak.
so, takde saper pun staff datang.

saya daptla tgk2 dan snap beberapa keping gambar.

maklumat ringkas berkenaan apartment ni.

type A: 1418sqft. harga dari rm345k. 2 unit sahaja.
type A1: 1416 sqft. harga dari rm345k
type A2: 1146 sqft. Harga dari rm265k.
type A3: 1146 sqft. Harga dari rm265k juga.

Untuk semua type A - A3 ni, ada 4 bilik tidur dan 3 bilik air.
tapi yg uiknya, bilik tidur ke4 disambung dgn bilik air ke3 dan mempunyai pintu keluar sendiri.
maksud saya, kalau nak masuk ke bilik ke4 ni, boleh masuk ikut pintu yg berasingan dr koridor.. ataupun masuk ikut dalam rumah macam biasa.
rasanya sesuai kalau dijadikan pejabat / SOHO kan..
ataupun bilik ni boleh disewakan berasingan.

Type B: 1512 sqft. Harga dari rm365k
Type B1: 1382 sqft. HArga dari rm325k
type B2: 986 sqft. Harga dari RM 215k.
type B3: 946sqft. Harga dari rm205k.
semua type B - B3 mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air seperti biasa.

saya mula mencongak.
kalau beli type B3 pun, unit ni perlu disewakan dengan kadar rm1200 sebulan.. at least.
baru pulang modal.

pajakan tanah: leasehold sehingga 8 april 2107.
pihak berkuasa : MBPJ
tarikh dijangka siap: 30 oktober 2009.
kemudahan: surau, taska, bilik mesyuarat, ruang kedai, dewan serbaguna, kolam renang, 24 hr security, covered carpark, taman permainan kanak2.
maintenance : dari rm145, bergantung pd jenis.

masih banyak unit yg belum dijual.
sebab jualan projek ni baru dibuka.
ada dua view, view A dan view B.
Satu menghadap KD, satu menghadap sungi buloh.
Harga unit sama je bagi kedua2 view ni.

Kami melihat2 kawasan sekitar apartment mewah ini.
hm.. rupa2nya sebelah projek ni, ada beberapa blok rumah kos rendah.
depan sikit, ada lagi beberapa blok apartment kos rendah / sederhana.
nampak kawasan ni byk competition dr low cost flat.
ruby pun cakap macam tu jugak.

kata pengusaha gerai makan depan site ni, sewa low cost tu cuma rm250 sebulan.
ye ke?
bas pun lepak kat depan construction site ni.
low cost ni jugak menyebabkan apartment kasturi idaman ni kurang eksklusif. sebelah menyebelah sangat..


ni progress sekarang.

Tiada ulasan: