22 Mei 2009

ruby dan hakka avenue estate

Minggu lepas saya ke Kuching dan Kota Kinabalu.
Ada hal kerja.
Semasa saya di Kuching, saya telah berjumpa dan lepak-lepak dengan ruby.
Ruby Hafsah ni kawan lama saya. Kami dulu satu universiti.
Sama-sama frust hasrat nak belajar ke Australia tak tercapai dan tercampak ke universiti di Malaysia je.
:(
Kami juga rakan sejawatan cuma dia bertugas untuk Jabatan dan Kementerian yang berbeza dengan saya.
Dulu dia kerja kat KL. Tapi sekarang dah bertukar ke Kuching.

Di Kuching, dia bawa saya jalan-jalan cari makan dan borak-borak.
Sebenarnya dalam 3 bulan lepas dia ada bgtau saya..dia berminat nak beli satu rumah teres kat Kuching.
Dia ada la tanya-tanya soalan berkaitan pembelian rumah ni.. dan book saya untuk jadi legal advisor dia nanti.
(OK bee, aku dah nak buka fail ko ni.. hehe)
Dia bawa saya melawat ke tapak rumah teres yang dia beli tu.
Nama projek ni Hakka Avenue Estate.


Hakka Avenue Estate ni semuanya rumah teres dua tingkat.
Ruby beli unit lot tepi.
Masa ruby book, dah 80% siap dah.
Developer rumah ni pula namanya Golden Home.
Harga lebih sikit dari rm200k kalau tak silap saya.. saya dah lupa ruby bgtau aritu.
Jadi, aritu dah alang-alang saya di Kuching, saya ajak ruby gi tengok rumah ni.
on the way dari Kuching ke airport. Tak jauh dari bandar la.
Ruby kata ada banyak jalan dari rumah tu nak ke bandar. Tu yg dier suka kawasan tu.
Ok la tu kan..jam jalan ni, kita lari ikut jalan satu lagi.
Cuma yang kurang syok nya, rumah ni leasehold 66 tahun.
Kata ruby, rumah di Kuching sekarang semuanya leasehold 66 tahun. nak jumpa leasehold 99 tahun pun susah, jauh sekali yang freehold.
hm.. kalau ikutkan, 66 tahun ni pendek sangat tempoh leasehold ni.. tapi apa boleh buat.
Maybe kat Kuching local authority enforce perkara ni.
Dan oleh kerana dah memang semua projek di sana 66 tahun, Ruby tiada masalah mendapatkan pinjaman bank.
Dia ambil pinjaman dari Maybank dengan kadar yang jauh lagi murah kalau dia buat pinjaman kerajaan.
(hey, buat pinjaman kerajaan pada waktu ini bukan satu pilihan yang bijak, jika diukur dr segi kadar faedah. So baik anda semua reserve dulu pinjaman kerajaan tu..)

Tahniah kat Ruby atas pembelian rumah keduanya ini.
Rumah pertama kat Kota Damansara.
Dia sewakan sebab dia dah tak duduk dah sekarang.
Hm.. tengok kawan2 beli rumah lagi, makin bersemangat la saya nak kumpul duit beli lagi satu pulak. hehe..

Tiada ulasan: