13 Mei 2009

pinjaman kerajaan dan title hartanah

saya sedang bersiap.
pagi ni akan ambil flight ke kuching.
ada urusan kerja di sana.

cuma tiba2 saya teringat kisah kawan saya.
dia nak beli rumah yg dia sedang sewa daripada tuan rumah.
sebuah apartment di serdang.

Tuan rumah setuju untuk jual dengan harga rm100k.
kawan saya berhasrat untuk memohon pinjaman kerajaan, sebab dia bekerja kerajaan.
untuk dpat loan rm100k, tiada masalah. masih lagi dalam tahap kelayakan dia. (Sila rujuk jadual kelayakan dlm entri saya terdahulu)
Dia minta tolong saya rekemen lawyer yang bagus.
Saya pun forwardkan kes dia kepada lawyer Shuna dr Hasnan Hamzah.

Oleh kerana anak sedara Shuna yang bekerja di law firm tersebut adalah classmate saya, anim.. maka saya bgtau anim dulu tentg hajat kawan saya nak beli rumah ni.
Anim tanya, "apartment? dah ada individual title tak ni kalau nak apply loan kerajaan?"
masya allah.. saya lupa langsung nak minta kawan saya check hal ni dengan tuan rumah dia.
Saya pun bgtau kawan saya untuk check semula title rumah ni.
Sah, rumah ni masih dlm proses mendapatkan individual title. so masih dlm master title lagi.
Nampaknya, tak sampai la hajat kawan saya nak memohon loan kerajaan.
dia kena mohon loan bank utk beli rumah tu.

so, kesimpulan cerita, kalau kawan2 beli rumah sub-sale dan merancang untuk memohon loan kerajaan, pastikan hartanah tersebut sudah ada individual title.
individual title di sini dlm bahasa mudah adalah geran atas lot hartanah itu sendiri secara individu, atas nama owner itu sendiri..
bukan lagi master title iaitu geran utk seseluruhan lot atas nama developer.
Tapi kalau kawan2 beli direct dr developer, utk rumah yg baru atau sedang dibina.. yg ni tak apa. boleh mohon pinjaman kerajaan.

Tiada ulasan: