Hm.. sebut pasal nak beli rumah lagi dalam entri saya sebelum ni, saya teringat komen seorang rakan tentang minat saya pada hartanah.
Dia cakap, "Daripada Cik Anie beli rumah tu, kan elok duit deposit rumah tu Cik Anie guna buat pergi mekah.. buat Haji. Kalau tgk duit deposit tu, Cik Anie dah jatuh wajib dah pergi haji.. sebab dah mampu sediakan duit sebanyak tu.."
Ya, saya tak nafikan ada betulnya cakap officemate saya ni.
Duit deposit saya beli rumah Vista memang cukup sangat kalau saya nak gunakannya untuk tambah haji.
Kalau tambah dengan duit deposit rumah anggerik perdana ni dan semua bayaran peguam, memang boleh jadi duit tambang muassasah untuk dua orang.
Memang dia betul.
Memang saya berhajat nak menunaikan rukun islam ke 5 tu dlm 5-6 tahun dari sekarang.
Memang saya dah pasang angan2 tu.. saya teringin nak menunaikannya.
tp hajat saya, plg cepat pun selepas saya menamatkan pengajian saya sekarang.
Dalam keadaan saya belajar mcm ni, kalau saya tinggalkan kelas lebih dari sebulan, saya takut saya tak dapat catch up pelajaran..hati pun tak tenang.. exam dan test banyak tertinggal.. dan mungkin akan menyusahkan rakan satu kumpulan di dalam menyiapkan assignment.
Tapi yang sebenarnya kenapa duit tu saya nak guna buat beli rumah dahulu, bukan untuk benda2 lain..?
Sebab saya sangat meminati hartanah
sebab saya bercita-cita untuk menjadi tuan rumah yg berjaya
sebab saya memerlukan pendapatan pasif untuk masa depan saya
sebab saya mahu sekiranya saya sudah tiada.. dalam keadaan saya sekarang atau dalam masa terdekat ini
sekurang-kurangnya saya ada harta yg memberikan pendapatan pasif kepada ibu saya
sekurang-kurangnya ibu saya dijamin akan memperoleh rm1500 sebulan hasil dari titik peluh saya ini
cukuplah ibu saya susah membesarkan saya
kalau saya tiada, saya mahu tinggalkan sesuatu untuk dia
itu sebab saya gunakan dulu duit tu untuk membeli rumah
Selamat Hari Ibu untuk ibu saya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan