23 Mei 2009

Hadir seminar tuan azizi ali




Hari ini saya sangat gembira.
Ini kerana dengan keizinan-Nya, saya dapat menghadiri satu seminar anjuran En Azizi Ali.
En Azizi Ali adalah idola saya dlm bidang pengurusan kewangan, pelaburan hartanah dan penulisan self-help books.
Peluang bertemu live dengannya dan menimba ilmu daripadanya adalah suatu peluang yg amat saya hargai, syukuri dan banggakan.
Sebenarnya ini bukan kali pertama saya menyertai seminar dia.
Ini kali kedua.
Kali pertama di Hotel Armada, PJ.
Kali ni di Holiday Villa, Subang Jaya.
Encik Azizi adalah seorang yg sangat hebat.
Hampir semua buku tulisannya saya beli dan baca.
Tak main la baca free ye..
Even saya cadangkan pula buku-bukunya kepada Rosmieni, Pustakawan di pejabat lama saya untuk dibeli dan dimasukkan ke dalam koleksi perpustakaan.
Agar lebih ramai lagi rakan-rakan yang berpeluang membaca buku-buku beliau.
Sebelum pulang, saya sempat membeli novel pertama beliau, Ekuinoks yg memang dah lama saya nak beli. Novel ni novel thriller.
Sebenarnya dah lama saya tak baca novel.
Tapi oleh kerana novel ni adalah hasil penulisan en azizi ali, hati saya tertarik untuk membacanya..
Kalau dah peminat azizi ali katakan...



Saya juga membeli handbook beliau bertajuk 'How to pay off your House Loan in 5 years or less".


Saya juga sempat menghulurkan buku Ekuinoks ini untuk ditandatangani oleh en azizi sendiri dan snap sekeping gambar
gambar yg kat atas tu la..
digital camera takde.. terpaksa la tangkap guna hp saya yg tak canggih tu..

Sebagai bonus, semua peserta menerima dua buah buku percuma. mXE! dan Great by 24. Wow!

 

Hm.. buku yg paling istimewa bagi saya adalah mXe! dalam versi Bahasa Melayu iaitu Jutawan Ekstreme. Kenapa?
Nanti saya ceritakan dalam entri akan datang.
:)

Anyway, terima kasih banyak -banyak en Azizi kerana mencurahkan begitu banyak ilmu kepada saya dan rakan-rakan yang lain tadi.
Harap seminar tadi menjadi satu lagi langkah baru dalam hidup saya
yang akan mengubah hidup saya ke arah yg jauh lebih baik.

(Bersemangat pulang cepat ke rumah sebab tak nak tertinggal menyaksikan Azizi Ali live kt tv3 dlm rancangan Bijak Wang pukul 7.00 petang tadi pula..)

Tiada ulasan: