12 Mei 2009

baiki paip rumah vista

alhamdulillah..
akhirnya paip sinki dapur yg rosak di rumah vista angkasa sejak sebelum saya beli rumah tu kini dah berjaya dibaiki.
sebenarnya bila rumah tu di handover kepada saya, tenant mengadu paip rumah tu dah rosak lama dah.
mereka pernah mengadu pada tuan rumah lama, iaitu kak munirah.
kak munirah kata dier pernah baiki paip tu tp tu la..dah problem balik.
so, saya berjanji utk mencari plumber dan menaggung kos pembaikan paip tu kepada tenant.

mula2 saya offer pada pekerja2 di badan pengurusan bersama apartment tu utk baiki.
sebab dia cakap dia boleh baiki paip.
lagipun saya tgk, dia memang kerja kat situ je kan.. sepatutnya mudah lah utk pegi baiki paip tu kejap lepas abis waktu kerja dia.
budak tu mmg ada call tenant. janji nak dtg tgk.
tp hari ke hari, takde pulak datang...
saya mula mengeluh.. hm.. melayu...

hampir dua minggu kami tunggu dia dtg baiki paip tp takde.
then saya call ex-officemate saya. minta tolong dia rekemen plumber.
dia cakap dia mmg ada kawan yg kerja baiki paip.
dia contact kawan dia. Kawan dia cakap, weekend ni ada hal. boleh tak dtg ahad depan.
saya pun contact tenant, minta tolong standby di rumah ahad depan tu.
tp malangnya, tiba hari yg dijanjikan, plumber tak dtg..
hm.. plumber melayu mmg macamni ke? buat kerja main2...

saya bukan takde kenal atau tak pernah berurusan dgn plumber.
pernah.
ada dua kali kami berurusan dgn dua org plumber melayu.
yg sorg tu tuan rumah sewa saya selalu panggil kalau ada masalah.
Dia ok.. tp last yg kami panggil, dia sangat sibuk sbb plumbing ni kerja part time dia jer..
Plumber yg kedua pulak, saya kurang puas ati sebab selepas dia baiki paip kt tangki atas syiling rumah, dier lupa nak tutup tangki tu.
sebaliknya, penutup tangki tu berdiri tersandar pada tangki menyebabkan syiling tempat penutup tangki berdiri pecah.
bila kami panggil dia baiki semula, dier cuma tutup tangki tu tanpa memberi sebarang pampasan kerosakan syiling tu.
hm...

so, balik pada cerita vista tadi. tenant dah komplen.
saya pulak masa tu sgt sibuk dgn exam.. dan dah fed up nak cari plumber yg betul2 nak buat kerja.
akhirnya, dua minggu lepas saya terfikir nk contact en faridz dari syarikat Satu Solution.
En faridz ni ada blog pasal hartanah juga.faridzaswadi.blogspot.com/
Memang selalu juga saya baca blog dia. Itupun melalui link yang ada dlm blog ctfarazila iaitu hot-auction-property.blogspot.com/
So, saya contact dia. tanya dia, syarikat dia berminat tak nk baiki paip di rumah vista tu.
alhamdulillah dia berminat.
Tp bukan dia la yg baiki. Nama plumber tu En Azman.
Katanya en azman akan dtg ahad berikutnya.

Pada hari ahad yg dijanjikan tu, en azman pun dtg. rupanya kerosakan yg perlu dibaiki tak lah seserius apa yg tenant fikirkan.
cuma hari tu, en azman tak bawak alatganti kepala paip dan pili paip kat sink tu.
tapi sink tu dah boleh guna la kalau tenant ganti sdr dua alat tu.
rupanya tenat guna jugak walaupun belum tukar pili.
Diorg control buka tutup air melalui pili air kat bawah sink.
bila pili tu loose, air melimpah lagi. hehe.. naseb naseb...
En azman terpaksa berkejar lagi ke rumah vista saya sabtu lepas.
alhamdulillah sekarang dah settle.
bayaran pun saya dah jelaskan... bank in je.
harap lepas ni tenant dpt gunakan sinki tu dengan baik.

Terima kasih kat en azman kerana menyelesaikan paip rumah saya.
kerana masih ada plumber melayu yg saya boleh harap.
terima juga kepada en faridz kerana menerima projek paip yg kecil ni dan mperkenalkan en azman kepada saya.

Tiada ulasan: