Semalam ada mesyuarat Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Teratai, taman anggerik perdana
semua pemilik unit di pangsapuri ni diwajibkan hadir
saya pun hadir la
kami buat mesyuarat di ground floor je.. sebab kat situ ada kawasan lapang.
sengaja developer biarkan kosong utk kami jadikan dewan terbuka.
dengan adanya mesyuarat semalam, jawatankuasa persatuan penduduk sementara yang dilantik sebelum ni dibubarkan..
dalam mesyuarat ni juga, nama saya kembali dicalonkan sebagai bendahari.
maafkan saya kawan2..
saya terpaksa menolak dan berterus terang yg saya tak mampu utk menanggung tugas ini.
pulang sebelum pukul 11 mlm hampir setiap hari..
sibuk mengejar dateline assignment pada waktu malam dan hari minggu
tak ingat dunia luar bila waktu final exam
rasanya semasa saya menjadi juruaudit sementara dulu, sudah terlalu ketara saya tak dpt turun padang
saya tak mahu kerana saya, pengurusan badan ini akan bermasalah atau lembab
insya allah, walaupun bukan sebagai AJK, saya tetap akan tolong
saya akan turut serta utk aktiviti2 yg dianjurkan
dan akan tolong apa yg mampu bila waktu mengizinkan
cuma utk terlibat dlm pengurusan.. kalau lepas abis blaja, insya allah.. saya dah lega sikit
untuk pengetahuan semua, semua pemilik unit sesebuah apartment atau kondominium itu secara automatik menjadi ahli badan pengurusan bersama ni.
AJK pula mestilah pemilik.
suami atau isteri pemilik tak boleh dilantik.
ini bermakna, kalau nama pemilik adalah isteri, suami tak boleh jd AJK
sebab dia bukan dikira sebagai ahli
hanya pemilik sahaja yg dikira ahli dan boleh dilantik.
rumah saya di vista angkasa tu.. itu pun dah bukan lagi bawah pengurusan DBKL
dah di bawah pengurusan badan ini.
tp baru je.. baru mulai januari 2009 ni.
hm.. kami semua dah ada satu misi selepas ni.
nak usulkan kepada ajk agar bayaran maintenance dikurangkan
harap2nya usul ini diterima.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan